‘Shafie Tidak Patut Keluar!’ – Peminat Tidak Puas Hati Shafie Rio Tersingkir Dari GV5

Konsert minggu keempat program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) semalam, menyaksikan keputusan yang agak mengejutkan dimana Shafie Rio diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir dari rancangan itu .

Markah Terendah Dari Juri

Shafie, 53 yang menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw duet bersama Azharina.mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas dia dikatakan kelihatan begitu gemuruh ketika berada di atas pentas. Lebih mengejutkan, dua peserta yang sebelum dikatakan terbaik iaitu Amelina dan Billy Zulkarnain turut mendapat markah terendah pada minggu ini.

Peminat Tidak Puas Hati Rio Tersingkir

Dalam perkembangan lain, keputusan penyingkiran itu juga memperlihatkan rata-rata peminat tidak berpuas hati. Menerusi laman media sosial, mereka menyifatkan Rio tidak seharusnya tersingkir dan patut diberikan peluang.

Selain itu, ada juga yang mendakwa gandingannya bersama juara musim ketiga itu seolah-olah menenggelamkan suaranya. Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Zamani,Hetty Sarlene, Amelina dan duo Billyzulkarnain.

gegar vaganzagegar vaganza 5Shafie (Rio)
Comments (0)
Add Comment