“Zamani Bakal Teruskan Persembahan” – Pengurus

Beberapa hari yang lalu, timbul kontroversi mengenai penyanyi Zamani dikatakan akan menarik diri dari konsert Gegar Vaganza 5. Pada minggu lalu, Zamani telah diberikan imuniti setelah dia tersingkir dari pentas itu kerana gagal meneruskan persembahan akibat faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Zamani Masih Belum Boleh Menyanyi

Terbaru mengenai penyanyi Kembali Terjalin ini, masih tidak boleh menyanyi namun boleh bercakap seperti biasa. Menurut pengurusnya, Aalan Ahmad pada Rabu lalu Zamani telah menerima suntikan dan berharap akan membantu Zamani kembali pulih.

“Alhamdulillah, keadaan Zamani kini beransur pulih tapi belum sembuh sepenuhnya. Dia boleh bercakap tapi masih belum boleh menyanyi”

Akan Teruskan Persembahan

Meskipun keadaanya masih tidak mengizinkan, Zamani tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan dan akan meneruskan persembahannya pada minggu ini.

Nafi didesak oleh mana-mana pihak, Zamani membuat keputusan itu selepas memikirkan tanggungjawab dan sokongan peminat-peminatnya yang tidak berbelah bagi. Sama-sama kita doakan kesihatan Zamani kembali sepenuhnya sebelum persembahan Ahad ini.

gegar vaganzaZamaniZamani GV5
Loading ...