Teruk Dikecam! Shahida Larang Aliff Syukri Muncul Di Kaca Televisyen

Ekoran dari kontroversi yang tercetus pada Ahad lalu gara-gara menggelar seorang wanita sebagai wanita hodoh, Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikecam sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang menonton secara langsung konsert Gegar Vaganza 5.

Isteri Turut Terkena Tempias

Lebih memalukan, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida turut terkena tempias apabila netizen turut menyindir serta memakinya kerana insiden tersebut. Tidak mudah melatah, Shahida sebaliknya mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut serta akan memperbaiki kelemahan mereka selaku penaja utama rancangan itu.

Larang Aliff Muncul Di Kaca Televisyen

Mengambil iktibar akan kejadian tersebut, Shahida turut ‘melarang’ serta mengharapkan suaminya itu tidak lagi muncul di mana-mana kaca televisyen mahupun hadir ke rancangan itu. Baginya biarpun sebagai penaja, namun dia percaya dengan pengalaman mereka yang sudah bertahun=tahun dalam bidang perniagaan, pelanggan setia mereka akan sentiasa mendapatkan produk keluarannya.

Akui Shahida lagi.tidak semua orang faham dengan sikap suaminya yang sering terlepas cakap semasa siaran langsung walaupun ia berlaku secara tidak sengaja. Malah pelbagai tohmahan terus dilemparkan meskipun pihak mereka sudah memohon maaf. Barangkali Aliff mahupun para penaja lain akan mengambil iktibar selepas kejadian ini agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Datin Seri Nur Shahidadatuk seri aliff syukrigegar vaganza 5
Loading ...