Aliff Syukri Pelik ‘Penyanyi Sumbang’ Boleh Mara Ke Final GV5

Penuh dengan kontroversi! Semalam keputusan separuh akhir Gegar Vaganza 5 menyaksikan dua penyanyi tersingkir, Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen sekali sekaligus meranapkan impian mereka untuk mara ke peringkat akhir bersama-sama Zamani, Billy Zulkarnain, Maya Ruslee, Dia Fadila, Amelina dan Noryn Aziz.

Aliff Syukri Pertikai Peserta Akhir GV5

Ternyata keputusan itu seperti mencetuskan kemarahan serta persoalan dari netizen dan juga penggiat industri yang menyifatkan juri seperti tidak berlaku adil. Malah penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri turut mempertikaikan mengenai peserta yang berjaya pada minggu hadapan.

Forteen Lebih Layak?

Menerusi laman Instagram nya, menurut Aliff berdasarkan enam penyanyi yang mara ke peringkat akhir terdapat penyanyi yang sepatutnya tersingkir semalam.

Tambah Aliff yang memuat naik gambarnya brsama dua anggota kumpulan Forteen, One dan Izzue Islam turut memberitahu Forteen jauh lebih baik membuat persembahan pada malam tersebut namun tersingkir kerana mendapat markah rendah dari juri Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Yusof Haslam. Siapakah yang anda rasa tidak seharusnya mara ke pusingan akhir GV5?

datuk seri aliff syukrigegar vaganza 5
Loading ...