Dimalukan Aliff Syukri: Pihak Santesh Bawa Isu Ke Peguam

Isu keterlanjuran kata mengenai isu warna kulit yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Aliff Syukri yang merujuk kepada penyanyi Santesh dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 5 dua minggu lalu nampaknya belum berkesudahan.

Pihak Label Santesh Bertemu Peguam

Susulan daripada itu, pihak label Santesh, PU4LYF telah mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung perkara itu. Menurut pelantun Amelina itu, pihak label nya tidak berpuas hati dengan perkataan yang dikeluarkan oleh Aliff semasa program itu sedang berlangsung pada 4 November lalu. Meskipun begitu, Santesh sama sekali tidak menyimpan dendam dan tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan usahawan terkenal itu.

Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka

Dalam perkembangan lain, menerusi siaran langsung separuh akhir Ahad lalu, pihak rancangan telah menyiarkan rakaman video Aliff memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat ekoran keterlanjuran kata-katanya tempoh hari.

Aliff bagaimanapun tidak hadir pada konsert itu ekoran ditegah pihak pengurusannya untuk berbuat demikian.

datuk seri aliff syukrigegar vaganza 5santesh kumar
Loading ...