Aishah Buka Mulut Tentang Status Banglo & Hadiah Pemenang GV5

Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mengharapkan kesemua barisan pemenang Gegar Vaganza musim ke 5 yang melabuhkan tirainya malam tadi tidak akan bermasalah untuk mendapatkan hadiah. Pesanan ini telah dikongsikan menerusi instagram miliknya @aishahjmm.

“Harap-harap kalian semua tidak akan bermasalah untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan.Tak payahlah nak kecam I sebagai artis ‘sendu’ yang tak bersyukur diberi peluang untuk beraksi kerana hakikatnya kita saling memerlukan.”

Dalam kenyataan tersebut, Aishah turut mendedahkan bahawa dia masih belum menerima hadiah berupa sebidang lot tanah banglo yang dijanjikan.

“Ramai yang bertanya I tentang status hadiah yang belum dapat tu. Pertamanya setakat ini tanah banglo yang dijanjikan belum kami dapat. Selepas berjumpa pihak berkenaan, mereka minta beberapa bulan untuk selesaikan, kami tunggu sampai Januari depan. Yang musykil ada pertikaian saiz tanah pula yg dikatakan dalam kontrak bersama Astro”- katanya

Aisha turut meberitahu status hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan usahawan terkenal Datuk Seri Vida, sehingga kini tidak ada persetujuan dan menyerahkannya kepada Mahkamah untuk menentukan.

“Itu kita serah pada pihak guaman. As for the jewellery, walaupun kami cuba nak settle out of court nampaknya tidak ada persetujuan yang dapat dicapai so, kita biarlah mahkamah yang tentukan .Pengalaman banyak mengajar kita, yang menyokong terima kasih kerana faham mengapa I lakukan ini semua. Yang. mengecam, maki hamun cerca dan hina carilah I di akhirat nanti ok!”

Pada tahun lalu di GV 4, Aishah membawa pulang hadiah kejuaraan wang tunai berjumlah RM100,000 selain hadiah sampingan sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas dan baucer beli-belah berserta trofi.

aishah GV4gegar vaganza
Comments (0)
Add Comment