Aliff Syukri Bakal Tampil Dengan Lagu Raya ‘Nombor 1’ Tanah Air!

Terdahulu, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan beberapa single termasuk duet bersama rakannya, Nur Sajat Kamaruzzaman dan selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang berjudul Bobo Di Mana. Sejurus daripada itu,rata-rata netizen mengecam suara mereka yang dianggap sumbang dan tidak kurang juga ada yang menganggap lagu tersebut menggunakan ‘Auto-tune’.

Bakal Kembali Dengan Lagu Raya 

Tidak menghiraukan kecaman dan komen tersebut, Aliff sekali lagi mengumumkan bahawa dia bakal kembali dengan sebuah lagi single terbaharu tidak lama lagi.

View this post on Instagram

composer terkenal @amyuks

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Berdasarkan status yang dimuat naik, usahawan itu dipercayai akan menyanyikan sebuah lagu raya yang dicipta oleh komposer Amy UK dan akan turut berduet bersama seorang selebriti tanah air. Berdasarkan ‘teaser’ yang diberi, Aliff turut bertanyakan pada pengikutnya mengenai kualiti vokal yang dimilikinya.

Yakin Dengan Bakat Yang Ada 

Rata-rata pengikutnya akui bahawa suara yang dimiliki Aliff tidaklah sebegitu merdu malah turut mengharapkan usahawan itu hanya sekadar menumpukan perniagaannya. Biarpun begitu, Aliff nekad untuk teruskan ‘projek raya’ nya sambil berseloroh dengan mengatakan bahawa dia memiliki suara lemak merdu.

Segelintir dari kenalan Aliff seperti kakaknya turut terhibur dengan status yang dimuat naik Aliff dan teruja untuk menantikan lagu raya yang kononnya bakal menjadi lagu raya nombor satu tanah air tidak lama lagi.

aliff syukriLagu Aliff Syukri
Loading ...