Lucu! Lihat Reaksi Bonda Rozita Selepas Dengar Lagu Aliff Syukri

Pada minggu lalu, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik video muzik lagu raya nya terbaharu berjudul Jom Raya yang turut menampilkan Zizi Kirana sebagai penyanyi duet dan penampilan khas oleh Bella Astillah.

Botakkan Kepala 

Sejak dimuat naik, lagu tersebut telah menduduki tangga no-1 sebagai video paling trending di YouTube sehingga ke hari ini dan mencatat jumlah penonton lebih dari 1.5 juta. Bangga dengan pencapaian tersebut, Aliff telah membotakkan rambutnya seperti yang dinazarkannya sebelum ini. Malah dia turut berkongsi khabar berita tersebut dengan ibu tersayang yang mesra disapa sebagai Bonda Rozita.

Rozita Anggap Aliff Tidak Boleh Menyanyi

Biarpun begitu,Rozita menerusi perkongsiannya di laman Instagram dan YouTube, telah meluahkan sesuatu mengenai video muzik anaknya. Enggan berpura-pura, sebaliknya pengasas produk kosmetik terkenal itu memberitahu suara anaknya itu sumbang dan tidak boleh bernyanyi. Berasa hairan mengapa video tersebut boleh trending, menurut Rozita dia begitu mengenali bakat yang dimiliki anaknya namun menyanyi bukanlah bakat yang ada pada Aliff.

Harap Aliff ‘Bertaubat’

Malah sambil berseloroh, Rozita turut berharap dengan teguran seumpama ini Aliff akan sedar dan tidak lagi akan menyanyi pada masa akan datang.

“Maaf kri Mak carut ko kali ini, biar lepas ni taubat dan tak buat lagu lagi..udahhhhh lah tu..Ko tak serik kan @aliffsyukriterlajaklaris ..!! Aku tak tau lah nak nangis atau nak gelak”

Apa pula pandangan anda? Adakah Aliff boleh menyanyi atau tidak? Kongsikan dengan kami!

aliff syukriLagu raya Aliff Syukrirozita ibrahim
Loading ...