Selepas kematian isteri pada penghujung Disember tahun lalu, berita kurang enak muncul dari penyanyi Ifan Seventeen. Ifan dikhabarkan jadi serbuan dalam sebuah pangsapuri dengan seorang wanita dengan status isteri orang.

Video serbuan itu sendiri menjadi tular menerusi beberapa akaun instagram gosip sejak pagi ini (3/6/2019). Namun entah mengapa, selang beberapa minit video tersebut telah dihapuskan.

Sumber Video: Detik.com

Dari info yang diterima Suara.com, video tersebut memperlihatkan seorang wanita berbaju hitam dan berambut panjang keluar dari sebuah bilik. Wanita yang didakwa bernama Citra Monica itu terlihat panik kerana wajahnya dirakam oleh beberapa orang lelaki.

BACA  10 OOTD Memukau Citra Monica, Wanita Yang Didakwa Berkhalwat Dengan Ifan Seventeen

Wanita terlihat berang dan tidak selesa dengan kamera yang merakam.

“Kamu kok jahat amat sih sama aku,” kata wanita tersebut.

Tak lama selepas itu, muncul seorang lelaki mirip Ifan Seventeen. Ifan terlihat mengenakan t-shirt berwarna hitam dan ceseluar pendek berwarna pink.

Wajah Ifan¬† terlihat santai dan tersenyum. Bekas suami arwah Dylan Sahara itu kemudian bertanya kepada orang yang merakam, “dari mana mas?”

Kemudian, Ifan diminta untuk duduk oleh si lelaki perakam. Ifan kemudian menyebut, “Allahu akbar. Ada apa ini mas?”

Lalu lelaki tersebut kemudian bertanya, “Ini sama siapa mas? Tapi sudah menikah?”

Ifan kemudian menjawab, “Katanya sudah cerai. Citra, ini teman aku, teman SMA, ke sini lagi main-main,” jawab Ifan Seventeen.

BACA  (VIDEO) Mas Khan Trauma, Jiran Sebelah Bilik Hotel Terlalu Bising Buat Seks? OMG!

Berita tersebut kini tengah menjadi buah mulut di kalangan netizen di Indonesia, namun sehingga waktu ini belum ada ulasan lanjut dari pihak Ifan. Seperti mana yang diketahui, bekas isteri vokalis kumpulan muzik Seventeen ini meninggal dunia dalam bencana tsunami Selat Sunda pada Disember lalu.