“Kenapa Malu Dik!”- Aishah Nekad Dedah Wajah Sebar Fitnah

Juara Gegar Vaganza 4,  Aishah telah mendedahkan wajah wanita sebar fitnah isu kontroversi berlian palsu yang tercetus antara dia dan Dato Seri Vida. Pemilik akaun bernama @azieramazlan itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak betul dan berbohong terhadap dirinya.

Di laman Instagram Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Binti Wan Ariffin turut memuatnaik status dan gambar wajah wanita berkenaan. Walaubagaimanapun wanita tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi DM (Direct Message) di Instagram.

Screenshot kata-kata fitnah yang disebarkan dan juga permohonan maaf oleh wanita tersebut telah dimuatnaik oleh Aishah disertakan caption pendek berbunyi berikut:

“Wajah pemfitnah… Kenapa malu dik dgn apa yg you dah sebarkan tentang I,kalau betul apa yang you tulis,beranilah dan bercakap direct je dgn I.Tapi apa yg you tulis tu semua bohong belaka….Cukup ke sekadar minta maaf direct sedangkan you dah jatuhkan maruah dan memperlekehkan I di khalayak ramai???”

Terdahulu, Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.

Walaubagaimanapun, pada Sabtu lalu, (6/7) Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aishah pada satu sidang akhbar khas di kediamannya di Ipoh .

aishah GV4AIshah Vidadato seri vida
Loading ...