Suka Secret Recipe? Ini 10 Jenis Kek Yang Disyorkan Mereka

Bercakap mengenai kek, tidak lain dan tidak bukan jenama Secret Recipe pasti menjadi pilihan kebanyakan daripada rakyat Malaysia.

Baik dibeli sebagai santapan pencuci mulut mahupun menyambut pelbagai jenis keraian,pilihan aneka jenis kek di Secret Recipe menjadikannya sebagai jenama kek kegemaran kami.

10 Jenis Kek Pilihan Di Secret Recipe 

Biarpun begitu, adakah anda tahu apakah jenis kek yang patut dicuba dan sedap? Berikut kami tampilkan 10 jenis kek yang anda boleh cuba berdasarkan saranan daripada Izzah Atirah, salah seorang pekerja Secret Recipe yang tular di media sosial baru-baru ini.

Hi-Fibre Cheesecake

Diet? Apa kata cuba Hi Fibre Cheesecake ini.Selain dipenuhi kekacang, kek ini juga membantu membuatkan anda berasa kenyang hanya dengan beberapa suapan. Peanut lovers mesti sukakannya!

Marble Cheesecake 

Premium salaries dengan kategorinya, Bersaiz agak sedikit kecil berbanding yang lain, rasanya pasti tidak menghampakan!

Absolute Durian & Durian Fromage

Hantu durian pasti menyukai kek ini! Tidak pasti adakah ianya mengikut musim atau tidak, namun kami sudah merasainya sendiri dan telah jatuh hati. Sebagai info, Absolute Durian adalah kek sponge dan Durian Fromage pula adalah kek keju durian.

Chocolate Odyssey

Ini juga merupakan kegemaran kami! Dikhabarkan kek ini mempunyai rasa coklat Ferrero Rocher dan rasa kacang hazelnut di atasnya. Kombinasi kek yang lembut dan ‘topping kasar’ ini mampu membuatkan sesiapa cair dengannya.

The Red Velvet

Selain dari Chocolate Indulge, The Red Velvet juga merupakan kegemaran ramai! Manakan tidak kek sponge dengan pelbagai lapisan keju dan aprikot ini mampu monarki selera ramai.

Hokkaido Cheese Cake

Sesetengah orang mungkin akan berasa muak dengan keju tetapi tidak bagi bagi cheese lover. 3 lapisan keju berbeza pada kek ini sesuaii untuk mereka!

New York Cheese Cake

Biarpun tampak biasa, namun rasa klasik yang ada pada kek ini memberikan satu gambaran yang cukup enak. Mahu membawa sesuatu untuk ke pelbagai acara? Pastikan kek ini berada dalam senarai!

Butterfly Pea Lemon Cheese

Sehingga kini, kami masih belum sempat untuk merasai kek ini. Diperbuat daripada cream cheese Australia , kek ini mempunyai kombinasi rasa masam dan manis.Uniknya lagi, warna biru pada kek ini adalah pewarna asli yang diperbuat dari bunga telang, bahan yang sama digunakan dalam membuat nasi kerabu.

Chocolate Brulee

Rasanya tidak mengecewakan! Bayangkan tiga lapisan berlainan iaitu mud kek, coklat mousse dan brulee larut di dalam mulut anda. Memang sedap!

Wild Blueberry Cheese 

Kombinasi yang cukup padu! Biarpun dipenuhi keju namun gabungan rasa blueberry sememangnya jadi pelengkap buat kek ini. Rasa masam-masam manis yang berlemak.

Loading ...