Dapat Ayam KFC Saiz Kecil? Ini Tindakan Yang Anda Boleh Buat

Kami percaya ramai daripada pembaca Hangat.com begitu sukakan Kentucy Fried Chicken (KFC) bukan? Namakan sahaja pilihan Original mahupun Spicy, ayam KFC punyai peminatnya tersendiri sejak dari dahulu lagi.

Ayam Yang ‘Kecil’ Boleh Ditukar! 

Biarpun begitu, pernahkah anda mendapat bahagian ayam yang bersaiz kecil? Untuk pengetahuan anda, sekiranya ayam tersebut bersaiz kecil ianya tidak mengikut SOP yang disediakan. Jadi apakah yang anda boleh lakukan? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dikongsi oleh pengguna Facebook Mohd Firdaus Jailan yang juga bekas pekerja restoran makanan segera itu.

Sekiranya anda makan di mana-mana restoran KFC

  1. Jangan sentuh ayam tersebut.
  2. Sila bawa ke kaunter untuk pertukaran
  3. Tidak puas hati, anda boleh minta refund.

Take away atau mahu drive thru?

  1. Setelah mendapat pesanan, sila periksa kandungan kotak bungkusan terutamanya jika bahagian yang anda ambil ialah bahagian kepak dan peha. Minta penyepit sekiranya anda mahu memeriksa bahagian ayam.
  2. Mahu lebih mudah? Minta pekerja KFC letakkan bahagian kepak atau peha di bahagian atas semasa membuat bungkusan kotak
  3. Dapat saiz yang kecil? Anda boleh minta tukar serta-merta sekiranya tidak berpuas hati dengan saiz tersebut.

Menurut Firdaus, isu tersebut terjadi kerana terdapat pelanggaran 4 SOP ini:

  1. Pekerja mencuci ayam tidak mengikut prosedur.
  2. Pekerja yang menggoreng ayam tidak mengikut prosedur.
  3. Pekerja yang membuat pembahagian tidak mengikut prosedur.
  4. Pekerja tidak menghidang ayam mengikut prosedur.

Jadi selepas ini, sekiranya anda berkunjung ke KFC bolehlah berbuat demikian sekiranya mendapat bahagian ayam yang kecil.

kfc
Loading ...