Hangat.com https://www.hangat.com Berita Hiburan Terkini Malaysia Tue, 16 Oct 2018 09:14:24 +0000 en-US hourly 1 https://www.hangat.com/wp-content/uploads/2017/07/cropped-hangat-ico-2-2-32x32.png Hangat.com https://www.hangat.com 32 32 111398638 Anak Putera Harry & Meghan Markle Tak Digelar Putera Atau Putri? Ini Alasannya https://www.hangat.com/2018/48917/anak-putera-harry-meghan-markle-tak-digelar-putera-atau-putri-ini-alasannya/ https://www.hangat.com/2018/48917/anak-putera-harry-meghan-markle-tak-digelar-putera-atau-putri-ini-alasannya/#respond Tue, 16 Oct 2018 09:07:52 +0000 https://www.hangat.com/?p=48917 Berita kehamilan Meghan Markle membuatkan ramai yang gembira lagi-lagi warga England. Meskipun buah hati Meghan Markle dan Putera Harry dijangka akan lahir pada pertengahan tahun depan namun sudah ramai berspekulasi tentang jalan nasib anak mereka. Salah satunya ramai membuat andaian mengenai gelaran yang akan disandang anak Meghan Markle kelak. Apakah bayi itu akan menyandang gelaran […]

The post Anak Putera Harry & Meghan Markle Tak Digelar Putera Atau Putri? Ini Alasannya appeared first on Hangat.com.

]]>
Berita kehamilan Meghan Markle membuatkan ramai yang gembira lagi-lagi warga England. Meskipun buah hati Meghan Markle dan Putera Harry dijangka akan lahir pada pertengahan tahun depan namun sudah ramai berspekulasi tentang jalan nasib anak mereka.

Instagram Photo

Salah satunya ramai membuat andaian mengenai gelaran yang akan disandang anak Meghan Markle kelak.

Apakah bayi itu akan menyandang gelaran puteri dan putera seperti anak-anak Putera William dan Kate Middleton?

Ternyata menurut sebuah peraturan diraja, anak Meghan Markle dan Putera Harry, tidak mungkin menyandang gelaran ini. Dipetik dari Time, Selasa (16/10/2018), hal ini berdasarkan titah Raja George V yang dikeluarkan pada 1917.

Kandungannya, perintah  ini menyebutkan bahawa cicit-cicit dalam keluarga Kerajaan Inggeris, hanya anak lelaki tertua dari garis keturunan monarki yang menyandang gelaran putera atau puteri. Ini bermakna, sebenarnya hanya Putera George yang boleh menyandang gelaran ini.

Selain Putera George, seluruh cicit lain dari Ratu akan bergelar Lord atau Lady. Mereka juga tak akan dipanggil sebagai “His Royal Highness” atau “Her Royal Highness.”

Keputusan ini diambil Raja George V kerana saat itu kekuasaan kerajaan di Eropah dan negara lainnya mulai runtuh.

Namun, ternyata hal ini bukanlah muktamad. Ratu Elizabeth II masih boleh mengeluarkan titah untuk memberikan gelaran puteri atau putera kepada anak Meghan Markle.

Hal ini, sudah ia lakukan pada 2013. Kala itu, beberapa bulan sebelum Putera George lahir, baginda mengeluarkan titah untuk memberi gelaran putera dan puteri kepada semua anak Putera William dan Kate Middleton.

Jadi, adakah baginda akan mengeluarkan titah yang sama untuk anak Putera Harry dan Meghan Markle? Kita nantikan!

The post Anak Putera Harry & Meghan Markle Tak Digelar Putera Atau Putri? Ini Alasannya appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48917/anak-putera-harry-meghan-markle-tak-digelar-putera-atau-putri-ini-alasannya/feed/ 0 48917
Unik! Miss Grand Malaysia Pertaruhkan Kostum Persis Burung Kenyalang https://www.hangat.com/2018/48895/unik-miss-grand-malaysia-pertaruhkan-kostum-persis-burung-kenyalang/ https://www.hangat.com/2018/48895/unik-miss-grand-malaysia-pertaruhkan-kostum-persis-burung-kenyalang/#respond Tue, 16 Oct 2018 07:54:24 +0000 https://www.hangat.com/?p=48895 Dalam setiap pentas peragaan ratu cantik, antara yang dinanti-nantikan adalah peserta-peserta memperagakan kostum kebangsaan negara masing-masing. Jika tahun lepas kostum nasi lemak menerusi satu pertandingan ratu cantik diwakili peserta negara kita, tahun ini sesuatu yang menarik dan unik telah ditampilkan menerusi wakil negara dalam Miss Grand International. Kostum Kebangsaan Inspirasi Burung Kenyalang Malaysia akan diwakili […]

The post Unik! Miss Grand Malaysia Pertaruhkan Kostum Persis Burung Kenyalang appeared first on Hangat.com.

]]>
Dalam setiap pentas peragaan ratu cantik, antara yang dinanti-nantikan adalah peserta-peserta memperagakan kostum kebangsaan negara masing-masing. Jika tahun lepas kostum nasi lemak menerusi satu pertandingan ratu cantik diwakili peserta negara kita, tahun ini sesuatu yang menarik dan unik telah ditampilkan menerusi wakil negara dalam Miss Grand International.

Kostum Kebangsaan Inspirasi Burung Kenyalang

Malaysia akan diwakili oleh Debra Jeanne Poh yang telah merangkul gelaran Miss Grand Malaysia tempoh hari dan akan bersaing dengan 79 delegasi yang lain.

Menariknya lagi bagi slot kostum kebangsaan, Jeane akan menyarungkan kostum yang diinspirasikan dari burung Kenyalang, burung yang banyak didapati di negeri kelahiran Jeanne sendiri, Sarawak Bumi Kenyalang.

Dikenali Sebagai Tebengang The Great

Dari segi pengamatan kostum nya, selain motif corak batik Sarawak dan burung Kenyalang sendiri, turut terselit adalah motif flora, Bunga Rafflesia yang dikenali sebagai bunga paling besar di dunia dan banyak didapati di Sarawak.

Instagram Photo

Malah kostum rekaan pereka fesyen dari Sarawak, Paul Carling itu turut dikenali sebagai Tebengang The Great.

Apa pendapat anda mengenai kostum yang diperagakannya? Kongsikan dengan kami disini!

The post Unik! Miss Grand Malaysia Pertaruhkan Kostum Persis Burung Kenyalang appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48895/unik-miss-grand-malaysia-pertaruhkan-kostum-persis-burung-kenyalang/feed/ 0 48895
[GAMBAR] Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Diana Nasir Yang Begitu Meriah! https://www.hangat.com/2018/48871/gambar-sekitar-majlis-baby-shower-diana-nasir-yang-begitu-meriah/ https://www.hangat.com/2018/48871/gambar-sekitar-majlis-baby-shower-diana-nasir-yang-begitu-meriah/#respond Tue, 16 Oct 2018 05:09:46 +0000 https://www.hangat.com/?p=48871 Masih ingat The Anggun? Bayi kembar perempuan comel yang juga anak kepada Diana Nasir. Sebelum ini tular kisah mengenai Anggun Darleesa dan Anggun Darleena dengan pelbagai keletah mereka yang mencuit hati. Lebih menggembirakan, tidak lama lagi kedua-dua mereka bakal menjadi seorang kakak! Baby Shower Diana Nasir Begitu Meriah! Pada hujung minggu lalu, Diana telah mengadakan […]

The post [GAMBAR] Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Diana Nasir Yang Begitu Meriah! appeared first on Hangat.com.

]]>
Masih ingat The Anggun? Bayi kembar perempuan comel yang juga anak kepada Diana Nasir. Sebelum ini tular kisah mengenai Anggun Darleesa dan Anggun Darleena dengan pelbagai keletah mereka yang mencuit hati. Lebih menggembirakan, tidak lama lagi kedua-dua mereka bakal menjadi seorang kakak!

Baby Shower Diana Nasir Begitu Meriah!

Pada hujung minggu lalu, Diana telah mengadakan sebuah majlis ‘baby shower’ dan pengumuman jantina cahaya matanya yang ketiga bersama suami yang dikenali sebagai Azwan. Majlis yang berlangsung itu digambarkan begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga mereka apatah lagi keluarga Diana sememangnya besar dan rapat antara satu sama lain.

Umum Jantina Cahaya Mata Ketiga

Dalam majlis itu juga, Diana dan suaminya telah mendedahkan jantinan cahaya mata ketiga mereka dan siapa sangka ianya juga cahaya mata perempuan!

Melihatkan pada keluarga Diana yang begitu ramai perempuan ditambah pula denga anak-anak mereka, Diana menyifatkan keluarganya saling tak tumpah seperti kumpulan Kpop Girls Generation.

“Our family is growing, we can’t wait to welcome another @the_angguns in the family. Dulu kami berlima boleh jadi Spice Girls, sekarang Girls Generation yang dianggotai Diana, Mia, Afifah, Nazirah, Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan Anggun baru!”

Makin meriah keluarga besar ini bukan? Kami di Hangat.com mendoakan Diana semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran cahaya mata baru dan berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

The post [GAMBAR] Sekitar Majlis ‘Baby Shower’ Diana Nasir Yang Begitu Meriah! appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48871/gambar-sekitar-majlis-baby-shower-diana-nasir-yang-begitu-meriah/feed/ 0 48871
Wow! Rumah Nicholas Saputra Ini Gabung Konsep Minimalis & Alam Semulajadi https://www.hangat.com/2018/48896/rumah-nicholas-saputra-ini-gabung-konsep-minimalis-alam-semulajadi/ https://www.hangat.com/2018/48896/rumah-nicholas-saputra-ini-gabung-konsep-minimalis-alam-semulajadi/#respond Tue, 16 Oct 2018 04:47:40 +0000 https://www.hangat.com/?p=48896 Di Malaysia, pasti ramai peminat yang tergila-gila dengan ketampanan wajah aktor dari Indonesia Nicholas Saputra, lagi-lagi kaum wanita. Umumnya, nama Nicholas Saputra menjadi sebutan sejak dia muncul dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ bergandingan dengan aktres jelita Dian Sastrowardoyo pada tahun 2002. Sejak saat itu, aktor kacukan Jawa-Jerman ini pun semakin popular dan sudah membintangi […]

The post Wow! Rumah Nicholas Saputra Ini Gabung Konsep Minimalis & Alam Semulajadi appeared first on Hangat.com.

]]>
Di Malaysia, pasti ramai peminat yang tergila-gila dengan ketampanan wajah aktor dari Indonesia Nicholas Saputra, lagi-lagi kaum wanita.

Umumnya, nama Nicholas Saputra menjadi sebutan sejak dia muncul dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ bergandingan dengan aktres jelita Dian Sastrowardoyo pada tahun 2002.

Sejak saat itu, aktor kacukan Jawa-Jerman ini pun semakin popular dan sudah membintangi lebih dari 20 filem di Indonesia. Pencapaian dalam dunia hiburan telah membuatkan dia sering mendapat tawaran tinggi sebagai bintang iklan, model dan sebagainya. Tak hairanlah jika Nico menjadi salah satu aktor dengan bayaran termahal di Indonesia.

Dalam sisi yang berbeza, Nico difahamkan sangat menyukai alam semulajadi. Terbukti dari foto-foto Instagram miliknya, di mana terdapat ratusan foto dengan pemandangan alam yang menakjubkan.

Oleh kerana minat ini, membuatkan Nico menghias rumahnya bergaya natural tapi tetap moden minimalis. Nak lihat rumahnya? Jom intip gambar-gambar di bawah;

Interior unik

Instagram Photo

Menerusi akaun Instagramnya @nicholassaputra, dia memuatnaik kediamannya yang diberi nama Tanah Teduh. Struktur rumah yang dibina dengan konsep  minimalis moden ini memang terlihat  ringkas namun masih terlihat mewah.

Hiasan dalaman rumah ini didominasikan warna putih dengan pepohonan rendang sekaligus membuatkan rumah tersebut menjadi sangat menenangkan.

Dominasi Unsur Kayu

Rasa cintanya pada alam semulajadi dapat dibuktikan dari bahagian dalam rumahnya di mana interiornya didominasi dengan kayu, mulai dari lantai, meja makan, tangga, lampu gantung, jam dinding hingga kipas angin yang dilapisi dengan material kayu.

Rumah yang terletak di Jakarta Selatan ini juga memiliki tingkap besar yang membuat ventilasi rumah menjadi lebih asyik lantaran sinar matahari dan udara segar dapat masuk dengan mudah.

Bukan itu sahaja,  penghuni di rumah ini juga akan dimanjakan dengan pemandangan indah di halaman luar. Di mana dikelilingi oleh rumput hijau yang memberikan kesan sejuk dan natural.

Cantikkan rumah Nico ni? Kepada anda yang ingin memiliki rumah seperti Nico, pasti boleh. Asalkan kerja keras dan selalu bersungguh-sungguh serta sentiasa bersemangant mencari wang. Berangan tak salah kalau ia adalah satu impian!

The post Wow! Rumah Nicholas Saputra Ini Gabung Konsep Minimalis & Alam Semulajadi appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48896/rumah-nicholas-saputra-ini-gabung-konsep-minimalis-alam-semulajadi/feed/ 0 48896
[VIDEO] Amyra Rosli Sebak Imbas Kembali Detik Lahirkan Aqeef Anaqi https://www.hangat.com/2018/48865/video-amyra-rosli-sebak-imbas-kembali-detik-lahirkan-aqeef-anaqi/ https://www.hangat.com/2018/48865/video-amyra-rosli-sebak-imbas-kembali-detik-lahirkan-aqeef-anaqi/#respond Tue, 16 Oct 2018 04:00:28 +0000 https://www.hangat.com/?p=48865 Selamat Hari Lahir Aqeef Anaqi yang ke-1 tahun! Siapa sangka sudah setahun umur anak kepada selebriti terkenal, Amar Baharin dan Amyra Rosli. Kongsi Video Detik Lahirkan Anak Tiada yang lebih indah buat mana-mana pasangan tatkala menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Bersempena dengan kelahiran anaknya itu, Amyra turut berkongsi detik melahirkan Anaqi setahun yang […]

The post [VIDEO] Amyra Rosli Sebak Imbas Kembali Detik Lahirkan Aqeef Anaqi appeared first on Hangat.com.

]]>
Selamat Hari Lahir Aqeef Anaqi yang ke-1 tahun! Siapa sangka sudah setahun umur anak kepada selebriti terkenal, Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Kongsi Video Detik Lahirkan Anak

Tiada yang lebih indah buat mana-mana pasangan tatkala menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Bersempena dengan kelahiran anaknya itu, Amyra turut berkongsi detik melahirkan Anaqi setahun yang lalu. Ujar Amyra lagi, sebelum ini dia tidak pernah berkongsi pengalamannya itu di mana-mana platform sosial. Di kesempatan ini, Amyra memuatnaik rakaman video serta gambar sebelum dia melahirkan Anaqi sebagai kenang-kenangan.

Instagram Photo

Sebak Imbas Kembali Detik Kelahiran

Tambahnya lagi, detik kelahiran itu adalah sesuatu yang manis untuk dikenang malah turut merasa sebak disaat melahirkan anak pertama mereka.

Instagram Photo

Amyra dan Amar turut menzahirkan ucapan dan doa buat anaknya itu dan peminat turut mengharapakan Anaqi akan membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ibu bapanya.

The post [VIDEO] Amyra Rosli Sebak Imbas Kembali Detik Lahirkan Aqeef Anaqi appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48865/video-amyra-rosli-sebak-imbas-kembali-detik-lahirkan-aqeef-anaqi/feed/ 0 48865
10 Tahun Berlalu, Beginilah Keadaan Terkini Rumah Milik Suzanna https://www.hangat.com/2018/48867/kamar-suzanna-luna-maya-sundel-bolong-misteri-horror/ https://www.hangat.com/2018/48867/kamar-suzanna-luna-maya-sundel-bolong-misteri-horror/#respond Tue, 16 Oct 2018 03:32:42 +0000 https://www.hangat.com/?p=48867 Sudah 10 tahun berlalu pemergian legenda filem seram Indonesia, Suzzanna. Bintang filem ‘Beranak Dalam Kubur’ itu meninggalkan banyak kenangan di hati keluarga tercintanya. Salah satunya bekas suami Suzzanna, Clift Sangra. Clift Sangra yang kini telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Anna, masih menghuni rumah peninggalan bekas isteri tercintanya. Aura mistik Suzzanna masih sering dirasakan […]

The post 10 Tahun Berlalu, Beginilah Keadaan Terkini Rumah Milik Suzanna appeared first on Hangat.com.

]]>
Sudah 10 tahun berlalu pemergian legenda filem seram Indonesia, Suzzanna. Bintang filem ‘Beranak Dalam Kubur’ itu meninggalkan banyak kenangan di hati keluarga tercintanya. Salah satunya bekas suami Suzzanna, Clift Sangra.

Clift Sangra yang kini telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Anna, masih menghuni rumah peninggalan bekas isteri tercintanya. Aura mistik Suzzanna masih sering dirasakan di rumahnya yang terletak di Kebon Dalem 2, Magelang Utara, Jawa Tengah.

Menerusi laporan dari Liputan6.com, rumah Suzanna dikunjungi oleh aktres Luna Maya yang kini memegang watak mendiang dalam filem terbarunya, Bernapas dalam Kubur. Luna berkesempatan melihat sendiri beberapa bahagian dalam rumah Suzzanna yang kononnya memiliki cerita misteri tersendiri.

Tak Jauh Berbeza

Sekilas pandang tak ada yang berbeza antara penampakan luar rumah Suzzanna dengan rumah jiran-jiran yang lain. Dengan hiasan batu sungai di tembok, rumah Suzzanna cuma memasang pagar besi yang sudah berkarat.

Suasana mistik mulai terasa ketika kita melihat berada di bahagian pinggir rumah Suzzanna. Dengan adanya dua patung wanita yang diletakkan di sisi tembok, ia seakan-akan menjadi penjaga rumah milik Suzzanna.

Tiada Gambar Suzanna Tergantung

Berbeza dengan bahagian luar yang masih serupa 10 tahun lalu, ruang tamu rumah Suzzanna kini terlihat kontras. Clift Sangra mengaku sengaja menggantikan cat tembok dari hijau tua menjadi biru muda.

Di setiap sisi dinding, tak ada satu pun foto Suzzanna yang tergantung. Sebaliknya, ada banyak foto-foto Clift Sangra dan Anna yang bernikah pada 2009.

Kamar Mistik

Ini merupakan bilik peribadi milik Suzzanna. Di bilik ini Suzzanna biasa melakukan berbagai ritual mistiknya. Di ruangan seluas 4×4 meter itu pula, Suzzanna menghembuskan nafas terakhirnya.

Sedekad berlalu, bilik ini tetap dikosongkan. Hanya ada kerusi dan meja solek yang melengkapi sudut ruangan bilik ratu seram Indonesia tersebut. Ketika Suzzanna hidup, dia sering menghabiskan waktu berjam-jam menjalani ritual di kerusi tersebut.

Dikuburkan Bersama 2 Orang Anaknya

Pusara Suzzanna yang terletak di TPU Giriloyo, tak jauh dari kediaman Clift Sangra. Di pusara tersebut, Suzzanna dikebumikan bersama dua anaknya yang telah meninggal dunia.

Menurut pengakuan penjaga kubur, masih ada beberapa orang yang sering menziarahi makam Suzzanna. Bahkan di malam-malam tertentu, penjaga kubur sering mendapati orang yang menziarah melakukan ritual khusus di pusara Suzzanna.

The post 10 Tahun Berlalu, Beginilah Keadaan Terkini Rumah Milik Suzanna appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48867/kamar-suzanna-luna-maya-sundel-bolong-misteri-horror/feed/ 0 48867
[VIDEO] Wawa Zainal Cedera Ringan Akibat Dilanggar Jetski https://www.hangat.com/2018/48853/video-wawa-zainal-cedera-ringan-akibat-dilanggar-jetski/ https://www.hangat.com/2018/48853/video-wawa-zainal-cedera-ringan-akibat-dilanggar-jetski/#respond Tue, 16 Oct 2018 02:43:02 +0000 https://www.hangat.com/?p=48853 Siapa sangka dalam keasyikan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal melihat kakak mereka memandu sebuah Jetski, akhirnya merempuh mereka yang terbabit secara tidak langsung yang sedang bercuti di Pulau Langkawi pada Ahad lalu. Panik Dilanggar Jetski Menerusi video yang dimuat naik Aeril di Instagram, pelakon itu sempat merakam sebuah jetski yang dipandu oleh kakaknya […]

The post [VIDEO] Wawa Zainal Cedera Ringan Akibat Dilanggar Jetski appeared first on Hangat.com.

]]>
Siapa sangka dalam keasyikan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal melihat kakak mereka memandu sebuah Jetski, akhirnya merempuh mereka yang terbabit secara tidak langsung yang sedang bercuti di Pulau Langkawi pada Ahad lalu.

Panik Dilanggar Jetski

Instagram Photo

Menerusi video yang dimuat naik Aeril di Instagram, pelakon itu sempat merakam sebuah jetski yang dipandu oleh kakaknya yang kemudiannya hilang kawalan dan merempuh mereka dari arah depan. Dalam video tersebut turut kedengaran suara Wawa yang menjerit panik.

“Bahaya betul bagi perempuan bawa jetski ni. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni”

Wawa Alami Kecederaan Ringan

Menerusi laporan sebuah portal hiburan pula, Wawa dilaporkan mengalami kecederaan ringan,luka dan lebam di bahagian tangan dan perut kesan daripada kemalangan kecil tersebut. Meskipun begitu, ianya tidaklah menjadi penghalang buat mereka untuk bercuti dan kedua-dua pelakon ini turut memuatnaik beberapa gambar mereka sekeluarga bercuti di sana.

The post [VIDEO] Wawa Zainal Cedera Ringan Akibat Dilanggar Jetski appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48853/video-wawa-zainal-cedera-ringan-akibat-dilanggar-jetski/feed/ 0 48853
Bodyshaming! Artis Veteran Malukan Lufya Depan Orang Ramai https://www.hangat.com/2018/48844/bodyshaming-artis-veteran-malukan-lufya-depan-orang-ramai/ https://www.hangat.com/2018/48844/bodyshaming-artis-veteran-malukan-lufya-depan-orang-ramai/#respond Tue, 16 Oct 2018 02:13:13 +0000 https://www.hangat.com/?p=48844 Sebelum ini, sebuah portal hiburan telah mendedahkan pelakon Lufya Omar seperti dimalukan oleh seorang artis veteran gara-gara menegur bentuk badannya. Terdahulu, Lufya akui bentuk badannya agak sedikit berisi memandangkan ketika itu dia baru sahaja selesai melahirkan anak perempuannya, Laana Haura pada 12 November 2017. Enggan Dedahkan Nama Artis Veteran Selepas daripada isu tersebut, Lufya atau […]

The post Bodyshaming! Artis Veteran Malukan Lufya Depan Orang Ramai appeared first on Hangat.com.

]]>
Sebelum ini, sebuah portal hiburan telah mendedahkan pelakon Lufya Omar seperti dimalukan oleh seorang artis veteran gara-gara menegur bentuk badannya. Terdahulu, Lufya akui bentuk badannya agak sedikit berisi memandangkan ketika itu dia baru sahaja selesai melahirkan anak perempuannya, Laana Haura pada 12 November 2017.

Enggan Dedahkan Nama Artis Veteran

Selepas daripada isu tersebut, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berpendirian teguh untuk tidak mendedahkan nama artis veteran tersebut. Pujian harus diberi pada pelakon ini, walaupun seperti dimalukan di hadapan orang ramai bagi Lufya dia enggan bersikap sama seperti artis itu dengan membuka aib orang lain.

Terkilan Dengan Sikap Artis Veteran

Tambahnya lagi, dia juga terkejut selepas ditegur memandang artis itu juga suatu ketika dahulu pernah kurus namun kini bentuk badannya juga sudah berisi.

“Saya terkejut juga dengan apa yang dikatakan wanita itu. Sebab setahu saya, masa dia muda badan dia langsing tapi sekarang dah berisi. Jadi, kenapa dia perlu mempersendakan bentuk badan orang lain sedangkan dia juga sama. Saya tidak kisah jika dia mahu menyapa saya tanpa biarlah ada cara. Sepatutnya dia yang lebih berusia daripada saya, kenalah beri kata-kata motivasi atau inspirasi,”

Terkilan dengan cara tegurannya, bagi Lufya sebagai artis yang lebih senior dari nya, dia seharusnya lebih beretika dan memberi motivasi padanya dan bukan memalukannya seperti tempoh hari.

The post Bodyshaming! Artis Veteran Malukan Lufya Depan Orang Ramai appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48844/bodyshaming-artis-veteran-malukan-lufya-depan-orang-ramai/feed/ 0 48844
Ngeri! Luna Maya Kongsi Pengalaman Ditanam Hidup-hidup https://www.hangat.com/2018/48847/ngeri-luna-maya-kongsi-pengalaman-ditanam-hidup-hidup/ https://www.hangat.com/2018/48847/ngeri-luna-maya-kongsi-pengalaman-ditanam-hidup-hidup/#respond Tue, 16 Oct 2018 02:10:33 +0000 https://www.hangat.com/?p=48847 Kejayaan filem THE DOLL 2 yang dibintangi Luna Maya diharapkan akan berterusan dengan spin-off filem terbaru SABRINA. Filem ini masih mempamerkan lakonan mantap Luna sebagai watak utamanya yang bernama Maira. Siapa sangka, watak ini bukan semudah yang disangka. Menerusi temubualnya bersama Utusan Online, Luna berkongsi pengalaman ngeri ketika menjalani sesi penggambaran. Luna mengakui babak ditanam di dalam pasir […]

The post Ngeri! Luna Maya Kongsi Pengalaman Ditanam Hidup-hidup appeared first on Hangat.com.

]]>
Kejayaan filem THE DOLL 2 yang dibintangi Luna Maya diharapkan akan berterusan dengan spin-off filem terbaru SABRINA. Filem ini masih mempamerkan lakonan mantap Luna sebagai watak utamanya yang bernama Maira.

Siapa sangka, watak ini bukan semudah yang disangka. Menerusi temubualnya bersama Utusan Online, Luna berkongsi pengalaman ngeri ketika menjalani sesi penggambaran. Luna mengakui babak ditanam di dalam pasir adalah babak yang sangat mencabar dan menakutkan.

Instagram Photo

Luna sangkakan pelakon ganti yang akan melakukan babak tersebut. Namun sangkaannya meleset apabila pengarah, Rocky Soraya meminta dia memasuki lubang pasir tersebut.

“Sebenarnya saya tidak bersedia untuk babak itu kerana saya sangka pelakon ganti yang akan melakukannya. Ketika penggambaran, pengarah mahu saya melakukannya kerana dia mahu merakam wajah saya ditimbusi pasir.

“Babak tersebut dibuat sebanyak tiga kali dan saya perlu menahan nafas selama 15 saat untuk setiap rakaman. Sejujurnya, rakaman babak itu membuatkan saya sangat penat,” ulasnya.

Filem akan ditayangkan di beberapa negara dalam Asia. Selain Singapura, Thailand, dan Hong Kong, pihak produksi kini sedang berusaha menambah negara tayangan filem ini.

The post Ngeri! Luna Maya Kongsi Pengalaman Ditanam Hidup-hidup appeared first on Hangat.com.

]]>
https://www.hangat.com/2018/48847/ngeri-luna-maya-kongsi-pengalaman-ditanam-hidup-hidup/feed/ 0 48847