Hiburan

Susulan dari kejayaan Rupert Wyatt mengembangkan kisah dari Planet of the Apes di dalam filem Rise of the Planet of the Apes, Matt Reeves kemudian menghasilkan sebuah filem keduanya Dawn of the Planet of the Apes yang mampu menjangkaui pencapaian filem pertamanya yang diarahkan oleh Wyatt. Dan sekarang filem ketiganya diarahkan kembali oleh Reeves yang diharapkan dapat mengangkat filem ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Filem ini dibintangi oleh Woody Harrelson, Andy Serkis, Steve Zahn, dan Gabriel Chavarria. War of the Planet of the Apes akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 13 Julai 2017.

War For The Planet Of The Apes sudah tentu lebih menarik, filem ini menceritakan peperangan antara kaum kera yang dipimpin oleh Caesar dengan pihak manusia. Ia merupakan seekor kera yang sudah berevolusi. Perubahan tersebut membuatkan Caesar dapat berkomunikasi dua arah dengan manusia. Filem ini akan mengetengahkan dari kisah pada dua filem sebelumnya.

Pada kisah sebelumnya, Malcolm cuba memujuk Caesar agar berpindah bersama keluarganya, hal ini dilakukan untuk menyelamatkan mereka dari ancaman tentera yang datang untuk menembak semua kera.

Bagaimana Caesar untuk menyelamatkan diri dan keluarganya? Nak tahu kesudahannya? Jom ramai-ramai tonton tayangan perdana filem ini secara eksklusif dan percuma dengan menyertai peraduan yang disediakan dibawah. Tayangan Perdana ‘War of the Planet of the Apes’ bakal diadakan pada 12 Julai 2017 di TGV, One Utama pada jam 9.15 malam.

Apa tunggu lagi! jom rebut peluang menarik ini dengan dapatkan sepasang pas masuk dengan hanya menjawab beberapa soalan dan sertakan slogan paling kreatif.

Syarat Penyertaan

      • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatdotcom dan twitter @hangatdotcom
      • Kongsikan artikel ini di Facebook dan tag nama rakan yang anda akan bawa menonton bersama.
      • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif di bawah.
      • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
      • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 9 Julai 2017.
      • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
      • Keputusan hakim adalah muktamad.
      • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas masuk tayangan pratonton filem di TGV, One Utama, bermula jam 8.30 malam.

Baru baru ini jutawan kometik Dato Seri Vida telah mengeluarkan Video Musik terbarunya dengan mendendangkan lagu terbarunya seperti Pikotaro PPAP. Lagu “catchy” single ini mendapat pelbagai reaksi dan komen dari netizen.

Menerusi Facebook Tonton, video ini diperdengarkan secara eksklusif dan lebih menarik lagi bila Dato’ Seri Vida dengan berbesar hati nak bagi sebotol besar Pamoga bernilai RM168 untuk sesiapa yang boleh tiru tarian Dato’ dalam muzik video ni.

Nak tahu caranya? Post video anda (durasi kurang dari 30 saat) ke Instagram dan hashtag #tontonmacamVIP #sayangDSV #iamme #tontonDSV, senangkan?

Sumber Facebook Tonton

Nampaknya ada beberapa perkaran yang tidak berjalan lancar bagi TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT. Sebagai sekuel kelima dari sambungan TRANSFORMERS, filem ini tak disangka mendapat kutipan yang cukup rendah di minggu pembukaannya.

Setelah 5 filem, nampaknya para penggemar sudah mulai bosan dengan cerita dari filem TRANSFORMERS, apalagi ditambah dengan banyaknya filem-filem baru yang juga dikeluarkan pada waktu ini.

Filem ini turut tak mampu menandingi dominasi WONDER WOMAN dan GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2. Difahamkan laporang jumlah pengiraan pembukaan untuk TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT hanya mencatatkan 15 juta dolar saja. Jumla yang terendah dari kesemua siri filem TRANSFORMERS. TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION sahaja berhasil meraih 41,9 juta dolar dari hari pembukaannya. Bahkan filem pertamanya meraih 27,9 juta dolar di hari pertama ia ditayangkan.

Walaubagaimanapun beberapa pengkritik filem yang telah menonton memberikan review negatif. Kini, harapan filem ini terletak pada pasaran antarabangsa. Jika ia mendapat sambutan meluas di negara-negara lain, maka paling tidak pendapatannya boleh meninggkat dari sebelum ini.

Berikut antara review dari penonton tentang filem ini:

Filem ini seolah-olah  tidak berhenti bergerak. Kamera berputar-putar di setiap babak, setiap perjuangan, setiap perbualan. Tiada apa-apa pun. Semua orang menjerit. Kesan bunyi seperti histeria dan semua orang marah. – Kevin Maher 

Menonton “Transfomers” adalah umpama duduk di dalam kereta sambil menghidupkan semula enjinnya ketika terperangkap dalam lumpur.  – Stephanie Merry

Sumber DetikHot

Sejak kebelakangan ini ramai pula yang menyambut bulan syawal dengan pergi bercuti di luar kota mahupun dalam negeri. Begitu juga dengan penyanyi yamg mempunyai ramai peminat di Malaysia, Afgan.  Pelantun lagu “Bunga Terakhir” ini merancang akan mengembara ke negara Eropah.

Ada beberapa negara yang ingin dia kunjungi seperti Paris, Amaterdam, dan Rome dalam tempoh tiga minggu.

Lebih menjadi tanda tanya, Afgan bukan bercuti bersama keluarga, tetapi Afgan akan bercuti berdua saja. Mungkinkah dengan Rossa?

Rasanya ramai yang sudah tahu mereka berdua sangat akrab dan kemesraan mereka berdua sering mendapat perhatian media .

Menurut laporan dari Liputan6 Afgan tetap tdak mahu memberitahu dengan siapa dia pergi bercuti walaupun diasak soalan yang sama.

“Ada deh. Enggak, enggak sama keluarga. Ada sama teman, perginya berdua. Sudahlah, enggak usah ditanya sama siapa,”

Khabarnya Afgan akan terbang ke sana selepas meraikan hari lebaran.

Sumber

Ini mungkin hanya spekulasi atau andaian dari netizen. Isu ini terjadi selepas netizen mula perasan suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri ada muatnaik satu kenyataan di Instagram Stories berkaitan dengan seorang individu dan turut berkaitan dengan anak.

Namun Nedim tidak menyatakan nama sesiapa dalam tulisannnya itu. Ia bermula apabila isu anak perempuan Fasha Sandha sedikit luka di bahagian berdekatan dengan mata setelah dijaga oleh bekas suaminya.

Tulisan Fasha Sandha Menerusi Insta Stories

Oleh kerana itu, Fasha turut memuatnaik kenyataan balas di Instagram Stories yang turut menjelaskan situasi sebenar.

Sudah jelas, Nedim tidak menujukan perkara tersebut kepada Fasha. Memuatnaik kembali kenyataannya sebelum ini, Nedim ada menekankan perkataan him dan his selain satu video yang menyatakan perkara tersebut bermaksud anak lelaki dan bukannya anak perempuan.

Buat masa ini akaun Instagram Fasha Sandha sudah diprivasikan dan hanya pengikutnya sahaja boleh meleihat perkembangan pelakon jelitan ini. Sememangnya perbalahan ini seperti bermain tarik tali. Ada sahaja isu yang berbangkit dan kami berdoa suatu hari mereka mampu untuk berbaik semula.

Sumber

Warner Bros. Pictures baru sahaja melancarkan trailer kedua ‘Anabelle: Creation’, dibawah arahan David F. Sandberg. Selepas meraih sambutan yang hebat pada tahun 2014 (filem Annabelle), Warner Bros dan New Line kini kembali dengan sekuel kedua filem bergenre seram ini.

Trailer terbaru itu menunjukkan permulaan kewujudan anak patung misteri Annabelle dan bagaimana kuasa jahat mula memasuki anak patung itu. Trailer itu dimulakan dengan penampilan Samuel Mulins dan isterinya, Esther yang kehilangan anak mereka akibat dilanggar kereta.

Selepas kematian anak mereka, mereka sering berdoa supaya boleh melihat anak perempuan mereka semula. Pada mulanya hanya sedikit sahaja komunikasi. Namun, jelmaan itu telah meminta izin untuk masuk ke dalam anak patung Annabelle. Lalu, mereka mula sedar yang itu bukan anak perempuan mereka dan telah mengurungnya.

Misteri bermula apabila pasangan itu mengambil birawati dan beberapa anak yatim tinggal di rumah mereka. Annabelle telah menggangu seorang anak yatim yang kurang upaya dengan memainkan permainan ‘breadcrumbs’.

‘Annabelle: Creation’ dilakonkan oleh pelakon yang berpengalaman seperti Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Lulu Wilson dan Miranda Otto.

Jadi mesti ramai yang tak sabar nak merasakan seramnya filem ini bukan? Jadi kita tunggu Filem Annabelle: Creation ini bakal ditayangkan pada 11 Ogos 2017.

Sumber

Tahun ini nampaknya begitu banyak iklan raya yang menarik. Jika dilihat pada sambutan peminat, nampaknya iklan raya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) betul-betul mencuri perhatian orang ramai. Ini kerana jalan cerita dan kesan khas yang dipaparkan amat berlainan dengan iklan-iklan raya yang sebelumnya.

Iklan tersebut sebenarnya telah dihasilkan oleh Reservoir Production (RP) dan syarikat produksi ini memang terkenal menghasilkan video-video iklan untuk syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.

Susulan dari sambutan yang hangat menerusi iklan tersebut, jom saksikan muzik lagu hari raya istimewa daripada Aida dan keluarganya dengan lagu Ceria di Hari Raya, OST #DugaanRaya Aida. Video diterbitkan dengan suasana klasik 90-an seiring melodi lagu yang membangkitkan nostalgia. Syoknya bila dapat imbau kenangan lama berhari raya.

Siapa tak kenal dengan aktor kacak sejak zaman muda lagi. Baru-baru ini, Norman Hakim telah memuat naik sebuah foto dia bersama isterinya, Memey Suhaiza dengan imej yang agak berbeza dari sebelum ini. Nampaknya Memey sudah berpurdah.

Menerusi foto tersebut dia dan Memey yang memakai tudung dan niqab serba hitam sedang berswafoto berdua.

Ni baru betul #RenunganMautBinikuNinja 😬 . . Pelan2 kayuh ye cayang..jalan2 jom!

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Norman dalam kapsyennya menulis:

Ni baru betul #RenunganMautBinikuNinja, Pelan2 kayuh ye cayang..jalan2 jom!

Selebriti yang berhijrah untuk berniqab bukan lah sesuatu yang asing dalam dunia hiburan. Ramai yang masih terkejut dengan imej baharu model dan aktres jelita Natasha Hudson atau lebih mesra disapa sebagai Tasha. Ada yang menganggap perubahan Tasha sangat drastik, kerana terus mengenakan niqab setelah berhijrah.

Gambar tersebut mendapat komen yang positif dari pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata gembira dengan imej Memey itu.

Sumber

Elizabeth Tan atau Tan Su Mei, juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model & pelakon Malaysia berbangsa Cina popular di Malaysia. Sebentar tadi hangat di media sosial apabila Lizzy telah memuat naik satu video di akaun Instagramnya. Video itu menyaksikan tangan Lizzy digari sambil dibawa oleh seorang anggota polis lelaki.

Walaupun wajah Lizzy tidak begitu jelas kerana dia berjalan membelakang, namun ramai netizen berteka-teki apakah yang terjadi pada penyanyi jelita ini.

Namun tidak dapat disahkan apakah yang berlaku terhadap Lizzy dan rata-rata netizen mendakwa ini hanya sebahagian dari babak lakonan yang dilakonkan oleh Lizzy menerusi drama terbarunya yang memegang watal sebagai Maya Adrianna.

Menjelang Hari Raya, pasti ramai rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai iklan hari raya samaada di TV mahupun dimuat naik di media sosial. Lebih menarik kali ini U Mobile bekerjasama dengan Protokol Kyoto melancarkan video Raya baru yang lebih seronok dan mencuit hati. Dengan enampilkan versi yang digubah semula dari lagu P. Ramlee “Maafkan Kami” yang di dendangkan dalam salah satu filem kegemaran rakyat Malaysia, Bujang Lapok.

Menerusi video dengan kesan khas lebih klasik, Protokol Kyoto meminta-minta maaf kepada bekas pelanggan yang telah “berpindah” dan syarikat-syarikat telekomunikasi lain yakni syarikat yang dianggap pesaing buat mereka.

Lirik lagu U Mobile ft. Protokol Kyoto “Maafkan Kami” ini cukup menarik dengan intonasi yang lebih segar dan moden. Mesej yang disampai begitu murni lagi menjelang Hari Raya tidak lama lagi. Marilah kita bermaafan antara satu sama lain. Betul tak?

Jom tonton video lagu “Maafkan Kami” oleh Protokol Mobile ft. Kyoto U ini, pasti anda tersenyum sendiri dan tak mustahil anda akan berbalik ke kepada U-Mobile. Syabas U-Mobile!

Sumber