Filem

Susulan dari kejayaan Rupert Wyatt mengembangkan kisah dari Planet of the Apes di dalam filem Rise of the Planet of the Apes, Matt Reeves kemudian menghasilkan sebuah filem keduanya Dawn of the Planet of the Apes yang mampu menjangkaui pencapaian filem pertamanya yang diarahkan oleh Wyatt. Dan sekarang filem ketiganya diarahkan kembali oleh Reeves yang diharapkan dapat mengangkat filem ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Filem ini dibintangi oleh Woody Harrelson, Andy Serkis, Steve Zahn, dan Gabriel Chavarria. War of the Planet of the Apes akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 13 Julai 2017.

War For The Planet Of The Apes sudah tentu lebih menarik, filem ini menceritakan peperangan antara kaum kera yang dipimpin oleh Caesar dengan pihak manusia. Ia merupakan seekor kera yang sudah berevolusi. Perubahan tersebut membuatkan Caesar dapat berkomunikasi dua arah dengan manusia. Filem ini akan mengetengahkan dari kisah pada dua filem sebelumnya.

Pada kisah sebelumnya, Malcolm cuba memujuk Caesar agar berpindah bersama keluarganya, hal ini dilakukan untuk menyelamatkan mereka dari ancaman tentera yang datang untuk menembak semua kera.

Bagaimana Caesar untuk menyelamatkan diri dan keluarganya? Nak tahu kesudahannya? Jom ramai-ramai tonton tayangan perdana filem ini secara eksklusif dan percuma dengan menyertai peraduan yang disediakan dibawah. Tayangan Perdana ‘War of the Planet of the Apes’ bakal diadakan pada 12 Julai 2017 di TGV, One Utama pada jam 9.15 malam.

Apa tunggu lagi! jom rebut peluang menarik ini dengan dapatkan sepasang pas masuk dengan hanya menjawab beberapa soalan dan sertakan slogan paling kreatif.

Syarat Penyertaan

      • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatdotcom dan twitter @hangatdotcom
      • Kongsikan artikel ini di Facebook dan tag nama rakan yang anda akan bawa menonton bersama.
      • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif di bawah.
      • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
      • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 9 Julai 2017.
      • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
      • Keputusan hakim adalah muktamad.
      • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas masuk tayangan pratonton filem di TGV, One Utama, bermula jam 8.30 malam.

Nampaknya ada beberapa perkaran yang tidak berjalan lancar bagi TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT. Sebagai sekuel kelima dari sambungan TRANSFORMERS, filem ini tak disangka mendapat kutipan yang cukup rendah di minggu pembukaannya.

Setelah 5 filem, nampaknya para penggemar sudah mulai bosan dengan cerita dari filem TRANSFORMERS, apalagi ditambah dengan banyaknya filem-filem baru yang juga dikeluarkan pada waktu ini.

Filem ini turut tak mampu menandingi dominasi WONDER WOMAN dan GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 2. Difahamkan laporang jumlah pengiraan pembukaan untuk TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT hanya mencatatkan 15 juta dolar saja. Jumla yang terendah dari kesemua siri filem TRANSFORMERS. TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION sahaja berhasil meraih 41,9 juta dolar dari hari pembukaannya. Bahkan filem pertamanya meraih 27,9 juta dolar di hari pertama ia ditayangkan.

Walaubagaimanapun beberapa pengkritik filem yang telah menonton memberikan review negatif. Kini, harapan filem ini terletak pada pasaran antarabangsa. Jika ia mendapat sambutan meluas di negara-negara lain, maka paling tidak pendapatannya boleh meninggkat dari sebelum ini.

Berikut antara review dari penonton tentang filem ini:

Filem ini seolah-olah  tidak berhenti bergerak. Kamera berputar-putar di setiap babak, setiap perjuangan, setiap perbualan. Tiada apa-apa pun. Semua orang menjerit. Kesan bunyi seperti histeria dan semua orang marah. – Kevin Maher 

Menonton “Transfomers” adalah umpama duduk di dalam kereta sambil menghidupkan semula enjinnya ketika terperangkap dalam lumpur.  – Stephanie Merry

Sumber DetikHot

Warner Bros. Pictures baru sahaja melancarkan trailer kedua ‘Anabelle: Creation’, dibawah arahan David F. Sandberg. Selepas meraih sambutan yang hebat pada tahun 2014 (filem Annabelle), Warner Bros dan New Line kini kembali dengan sekuel kedua filem bergenre seram ini.

Trailer terbaru itu menunjukkan permulaan kewujudan anak patung misteri Annabelle dan bagaimana kuasa jahat mula memasuki anak patung itu. Trailer itu dimulakan dengan penampilan Samuel Mulins dan isterinya, Esther yang kehilangan anak mereka akibat dilanggar kereta.

Selepas kematian anak mereka, mereka sering berdoa supaya boleh melihat anak perempuan mereka semula. Pada mulanya hanya sedikit sahaja komunikasi. Namun, jelmaan itu telah meminta izin untuk masuk ke dalam anak patung Annabelle. Lalu, mereka mula sedar yang itu bukan anak perempuan mereka dan telah mengurungnya.

Misteri bermula apabila pasangan itu mengambil birawati dan beberapa anak yatim tinggal di rumah mereka. Annabelle telah menggangu seorang anak yatim yang kurang upaya dengan memainkan permainan ‘breadcrumbs’.

‘Annabelle: Creation’ dilakonkan oleh pelakon yang berpengalaman seperti Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Lulu Wilson dan Miranda Otto.

Jadi mesti ramai yang tak sabar nak merasakan seramnya filem ini bukan? Jadi kita tunggu Filem Annabelle: Creation ini bakal ditayangkan pada 11 Ogos 2017.

Sumber

“The Mummy” kembali menguasai emosi penonton ketika ini, namun versi ini sangat berbeza dengan filem sebelumnya. Filem ini yang dibintangi Tom Cruise menampilkan watak mumi perempuan yang dipegang oleh Sofia Boutella.

Menariknya lagi, Mumi kali ini tak berbalut kain lagi seperti sebelumnya. Watak asal Mesir Kuno itu memiliki perwatakan seperti manusia biasa, namun seluruh tubuhnya terdapat tulisan simbol mistis. Dan ternyata, tulisan tersebut bukanlah sekadar hiasan, tapi memiliki maksudnya.

Menerusi tuliasan Cinemablend, tulisan misteri itu sebenarnya diambil dari “Egyptian Book of the Dead”, ia adalah tulisan kuno. Secara khusus, teks yang tertera adalah sejenis mantera untuk meminta pertolongan kepada orang mati.

Mantera itu sesuai dengan kandungan filemnya. Ahmanet, seorang Putri Mesir Kuno (Sofia Boutella), gagal mewarisi takhta ayahnya ketika ibunya melahirkan seorang bayi lelaki. Kerana merasa marah, Ahmanet membuat rancangan dengan Dewa, sehingga dia membalas dendam pada keluarganya dan mengambil alih kuasa.

Setelah sepakat dengn kuasa jahat, tubuhnya berubah dengan kata-kata yang muncul di tubuhnya. Sejak saat itu, Ahmanet berkuasa atas orang mati, jadi nampaknya bahasa itu yang memberi kekuatan.

Keseluruhan makna tulisan kuno itu diungkap oleh Jurudandan artis Lizzie Yianni-Georgiou yang bertanggung jawab untuk mendandan Sofia Boutella. Yianni-Georgiou juga memberitahu bahawa dia perlukan masa lebih dari tiga jam untuk melukis teks misteri itu di wajah mumi setiap harinya.

Ganesa Perkasa Films dan Ace Motion Pictures SDN BHD (Malaysia) telah mengeluarkan filem terbarunya yang berjudul “Bukan Cinta Malaikat”. Dengan mengangkat tema Islamik Love Story, filem tersebut menampilkan bintang-bintang terkenal  dari Indonesia dan Malaysia.

Pelakon dari Indonesia dibintangi oleh Fachri Albar, Donita, Dewi Irawan, Joshua Pandelaki, Iqbal Pakula, Edi Brokoli, Dewi Amanda, dan banyak lagi. Sementara dari Malaysia dibintangi oleh palakon comel Nora Danish dan Ashraf Muslim.

Menurut pengarah bagi filem ini, dia mengaku sangat puas dengan penampilan watak-watak utama seperti Nora dan Donita yang pasti membuat para penonton wanita terbawa emosional dan merasakan kegetiran di hati mereka, kata Chandir Bhagwandas

“Inner beauty Nora Danish lebih terpancar saat ia mengenakan hijab di filem ini. Begitu juga dengan Donita, ia berhasil berperanan dalam watak perempuan sederhana, tetapi tertekan kerana memendam perasaan dan permasalahan dalam hatinya. Sesiapapun akan tersentuh melihat penampilan mereka,” puji Chandir Bhagwandas.

Filem “Bukan Cinta Malaikat” digarap oleh Aziz M. Osman (Malaysia) dan Herdanius Larobu (Indonesia). Film yang akan menawarkan pemandangan indah Mekah dan Madinah ini akan ditayangkan pada 13 Julai 2017.

Filem The Mummy yang bakal ditayangkan pada 8 Jun 2017 di seluruh Malaysia memang berbeza dengan filem The Mummy sebelum ini. Penampilan bintang hebat Tom Cruise dalam filem The Mummy ini sedikit sebanyak memberi impak yang tinggi pada penonton malah menjadi lebih popular.

Filem kali ini mengisahkan Puteri Ahmanet ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir di Mesir 2,000 tahun lalu sebagai hukuman kerana membunuh bapanya.

Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.

Watak Puteri Ahmanet mungkin yang ditunggu-tunggu kerana peranannya yang sangat besar bagi memberi impak keseluruhan filem. Andainya jika pelakon dari Malaysia diberi peluang untuk menggantikan watak puteri Ahmanet dalam filem The Mummy ini, agak-agak siapa yang sesuai ya?

Berikut antara calon-calon nama bintang dari Malaysia dari penonton yang fanatik dengan filem ini. Apa kata mereka!?

Maya Karin

Kerana beliau mempunyai raut wajah pratagonis yang sesuai untuk watak Ahmanet. Maya Karin dilabel sebagai “Ratu Filem Seram” kerana beliau banyak membintangi filem seram.- Cecilia Victor

 

Nabila Huda

Nabila Huda. Sekiranya dilihat secara menyeluruh watak antagonis dibawa oleh beliau cukup berjaya dan menyakinkan. Filem Khurafat yang dibintangi beliau cukup terasa dalam watak tersebut walaupun watak sebenarnya tidak mencerminkan bahawa dia adalah watak antagonis tapi berjaya menyakinkan penonton bahawa dia adalah yang membawa watak antagonis.- Muhammad Audi

Neelofa

Neelofa, sebab beliau amat cantik dan popular dan tentunya mendapat sambutan hangat! – Teng Thien Yong

Sheila Rusly

Semestinya Sheila Rusly kerana watak antagonistnya sebagai Malika dalam Drama Anak Betong suatu ketika dahulu masih terasa sengatannya dan saya masih mengingatinya sehingga sekarang- Nur Salwani

Ida Nerina

Ida Nerina. Kerana dia mempunyai penguasaan emosi dan pembinaan karakter yang sangat bagus.- Tan Peck Cheng

Sharifah Armani

Antara Sharifah Amani atau Maya Karin sebab diorang dua ni, pada pendapat saya, adalah pelakon Malaysia yang paling ada presence kalau berlakon. – Mark James

Filem Despicable Me 3 ini merupakan filem animasi terbaru dan juga merupakan sekuel sambungan dari Despicable Me sebelumnya yang dibawah terbitan Universal Pictures. Filem ini yang bakal ditayangkan serentak pada 15 Jun 2017 di seluruh Malaysia. Jadi pasti ramai tak sabar nak tonton filem ini kan?

Descpicable Me 3 ini akan dibintangi oleh Steve Carell sebagai Gru Film Despicable Me 3 ini akan dibintangi oleh Steve Carell sebagai Gru. Sesiapa yang mengikuti kisah sebelumnya, sudah pasti mengetahui filem ini berkisahkan tentang Gru dan juga keluarganya.

Cuma kali ini, Gru sudah membiarkan anaknya mengikut agen rahsia tempatnya dan tempat Lucy bekerja. Selain itu, suatu agenda jahat sedang datang untuk mengganggu, dan hanya Gru seorang yang boleh menyelamatkan orang-orang yang ada dibandar. Apakah agenda itu?

Despicable Me 3 ini yang juga sering disebut sebagai filem Minions 3. Bagi anda yang menggemari mahluk kuning berkacamata ini, pasti sudah tidak sabar lagi menunggu sekuel ke 3 filem ini.

Jom ramai-ramai tonton tayangan perdana filem ini secara eksklusif dan percuma dengan menyertai peraduan yang disediakan dibawah. Tayangan Perdana ‘Descpicable Me 3’ bakal diadakan pada 14 Jun 2017 di GSC, One Utama pada jam 9.00 malam.

Apa tunggu lagi! jom rebut peluang menarik ini dengan dapatkan sepasang pas masuk dengan hanya menjawab beberapa soalan dan sertakan slogan paling kreatif.

Syarat Penyertaan

    • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatdotcom dan twitter @hangatdotcom
    • Kongsikan artikel ini di Facebook dan tag nama rakan yang anda akan bawa menonton bersama.
    • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif di bawah.
    • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
    • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 12 Jun 2017.
    • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
    • Keputusan hakim adalah muktamad.
    • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas masuk tayangan pratonton filem di GSC, One Utama, bermula jam 8.00 malam.

Ini merupakan berita gembira buat para pengikut filem sekuel fantasi adaptasi dari novel nukilan J.K. Rowling, Harry Potter! Lebih mengujakan, sudah ramai yang tidak sabar menunggu pengumuman tarikh tepat tayangan filem ini.

Ya, siapa yang tidak kenal dengan ahli sihir paling jahat Voldemort.

Sebuah syarikat produksi bebas, Tryangle Films dikhabarkan bakal menerbitkan sebuah filem genre fantasi berjudul Voldemort: Origins of the Heir tidak lama lagi. Produksi ini seolah-olah ingin mencabar kredibilitinya untuk menghasilkan filem gempak yang berkait rapat dengan watak jahat “He Who Shall Not Be Named” atau lebih dikenali sebagai Lord Voldemort berlandaskan bajet serdehana.

Tom Morvolo Riddle. Sumber: InUth.com

Menurut teaser yang dimuat naik ke laman Youtube, ia bermula dengan watak seorang lelaki bernama Tom Riddle iaitu seorang graduan dari Hogwarts, tiba-tiba menghilangkan diri dan dikatakan telah membunuh ramai orang sebelum menukar dirinya menjadi Voldermort si ahli sihir jahat seperti yang dikenali ramai menerusi Harry Potter.

Sumber: Youtube

Biarpun begitu, ramai peminat Harry Potter menjadi bingung kerana trailer pertama filem ini yang dimuat naik kelmarin telah dipadamkan serta-merta atas beberapa hal yang mengelirukan kerana filem Voldemort ini tiada langsung kaitan dengan Warner Bros mahupun J.K. rowling.

Tom Riddle, watak sebagai pelajar di institusi Hogwarts yang akan bertukarmenjadi Voldermort seperti digambarkan dalam Harry Potter. Sumber: stuff.co.nz

Biarpun pihak penerbitan telah mengesahkan bahawa filem ini tiada kena mengena dengan lanjutan dari filem ilham J.K. Rowling, ramai peminat tetap dapat menghidu tentang beberapa watak yang sebenarnya pernah wujud dan disebutkan dalam Harry Porter.

Seperti perempuan yang bermonolog dalam trailer tersebut, Grisha McLaggen Jnr telah mengaku dirinya adalah waris Gryffindor walhal dalam filem J.K. Rowling sendiri Harry Portervadalah waris sebenar Gryffindor manakala, watak McLaggen cumalah seorang ahli dalam pasukan quidditch Gryffindor.

Watak Grisha McLaggen Jnr. Sumber: Youtube

Jelas sekali, filem ini bakal menjadi kontroversi. 

Sehingga kini, tiada lagi kata putus dari pihak Warner Bros mahupun J.K. Rowling. Sebaliknya Pengasas Tryangle, Gianmaria Pezzato dan Stefano Prestia pula diminta untuk bersuara mengenai kecelaruan ini.

P/s: Hmm… jangan kena saman sudah sebab suka-suka curi ilham dari Harry Porter.

Tonton Teaser Filem VOLDEMORT: Origins of the HEIR

SUMBER

Menurut akhbar Lubnan tempatan Arab News, keraja Lebanon akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengharamkan filem ‘Wonder Woman’ kerana pelakon utama yang memegang watak Gal Gadot merupakan warganegara Israel.

Lebanon kini berperang dengan Israel, dan melaksankan undang-undang yang memboikot produk Israel dan juga sekatan rakyat Lubnan dari perjalanan ke Israel atau membuat hubungan dengan rakyat Israel.

Kemudian ada maklumat menngatakan bahawa Gal Gadot adalah juga anggota tentera Israel. Walaubagaimanapun pada masa ini, larangan itu masih belum dikuatkuasakan, dan salah satu pawagam di Lubnan juga telah mendedahkan bahawa tayangan perdana filem itu dalam perancangan namun kemungkinan ia akan dibatalkan jika kerajaan memutuskan untuk campur tangan.

Wonder Woman yang dibintangi pelakon jelita Gal Gadot berkisarkan tentang seorang superhero wanita yang berjuang untuk menumpas kejahatan di dunia. Jadi Lebanon boikot filem ‘Wonder Woman’ ini semata-mata sebab Gal Gadot orang Yahudi. Malaysia bagaimana?

Sumber

Apabila dua Raja Hollywood dan Bollywood bila duduk berdua bersama, apa yang akan mereka bualkan ya?

Baru-baru ini Brad Pitt telah berkunjung ke Mumbai bagi mempromosikan filem terbarunya, War Machine. Dalam sidang media filem itu, Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) turut hadir sebagai jemputan khas. Apabila dua bintang ini bertemu, maka Brad Pitt mengambil kesempatan bertanya mengenai dunia perfileman di India.

Dia kagum dengan industri filem Bollywood yang padat dengan pelbagai elemen terutama tarian dan nyanyian. Dia juga mahu tahu berapa lama penggambaran sesebuah filem itu berlangsung.

Dengan rasa bangga, SRK menjelaskan untuk babak aksi dan tarian mengambil masa 120 hari dan filem yang ringkas cuma 70 hari.

Menurut Brad, jumlah hari penggambaran itu sama seperti di Hollywood.

“Tetapi filem Hollywood tiada tarian dan nyanyian. Saya mesti tak boleh berlakon di Bollywood kerana tak pandai menari dan menyanyi,” katanya.

Bagi meyakinkan Brad, jelas SRK, tentu Brad boleh berlakon di Bollywood.

“Jangan bimbang, kami akan buat anda pandai menari kerana siapa saja berlakon di Bollywood kami akan pastikan mereka boleh menari,” kata SRK sambil menunjukkan aksi tarian pada Brad, membuatkan bekas suami Angeline Jolie itu ketawa.

Lawatan ini dijaga dengan kawalan ketat seperti rahsia antarabangsa dan tidak semua media dibenarkan untuk menyertai sidang media ini.

Sumber