Sejak mula dilancarkan bulan lalu, jenama Apple terus diselubungi kontroversi hebat. Bermula dengan penjualan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang dikatakan tidak laku,apakah nasib iPhone X pula yang bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Harga Bermula RM 5,149

Walaupun penjualan model 8 dikatakan tidak laku, namum peminat Apple dikatakan tidak sabar dengan kemunculan iPhone X di Malaysia yang mengubah perspektif asal iPhone kepada beberapa ciri yang terbaru seperti Face ID.

Bakal hadir dengan A11 Bionic chip, 3GB RAM, pilihan 64GB ata 256GB storan dan 2,716mAh bateri, beberapa video pandang pertama iPhone X mula tersebar di media sosial. Apa kata anda selepas menonton video dibawah?

Sumber Lowyat.net 

Recommended