Lagi khabar berita mengenai iPhone X. Bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi, peminat Apple terus bercakap mengenai fungsi yang ada pada telefon pintar Apple termahal dalam sejarah ini.

Ketepatan Fungsi Face ID

Antara tarikan utama iPhone X ini adalah dimana fungsi kunci nya diperbaharui dengan sistem pengesanan wajah, Face ID. Mengenai ketepatannya pula, Apple menjanjikan fungsi ini jauh lebih berkesan dari Touch ID. Ujian keberkesanan juga telah dijalankan kepada seorang wanita dengan memakai cermin mata dan topi ternyata iPhone X berjaya dinyahaktifkan.

Tidak Berkesan Kepada Kembar Seiras

Namun begitu, buat mereka yang mempunyai pasangan kembar seiras anda mungkin berhadapan dengan risiko ini. Dimana laporan WSJ telah memberitahu ujian kepada pasangan kembar tiga seiras telah dijalankan dan kesemua mereka boleh menyahaktikfkan iPhone X dengan begitu mudah sekali. Jika kembar anda seorang yang baik, mungkin tiada masalah namun jika sebaliknya, nasihat kami berhati – hatilah menggunakannya.

Sumber The Wall Street Journal, Mashable, Business Insider via Lowyat.net

Recommended