Apa yang dilakukan mendiang pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden selama bersembunyi di Pakistan? Berdasarkan data dari laporan badan inteligen AS CIA, ada kemungkinan dia menghabiskan waktu lapangnya dengan menonton hingga bermain game.

Pada tahun 2011 lalu, pasukan Navy Seal menyerbu kediaman Osama di Abottabad. Dalam penyerbuan, pasukan tersebut turut merampas komputer milik orang yang diyakini AS sebagai dalang serangan 11 September tersebut.

Dari hasil penyiasatan CIA terhadap komputer Osama, ditemukan berbagai filem kartun AS, filem Hollywood, anime, hingga dokumen tentang diri sendiri.

Beberapa filem kartun kanak-kanak yang ditemukan dalam hard drive milik Osama seperti Tom and Jerry, Ice Age, Antz, Cars, B.O.B Big Break, dan Chicken Little. Beberapa ahli menyatakan, ada kemungkinan filem seperti ini menjadi tontonan anak-anak dan anggota keluarga lain di rumah Osama.

Tidak hanya itu, kumpulan filem anime dengan subtitle berbahasa Arab juga dijumpai dalam komputer milik Osama. Antaranya Final Fantasy VII, Naruto, Bleach, Dragon Ball, Devil May Cry, dan Street Fighter 4: The Ties Bind and Storm Rider.

Terdapat koleksi video dari YouTube seperti video lucu Charlie bit my finger yang sempat viral 10 tahun lalu dan lagu kanak-kanak Twinkle-twinkle little star.

CIA juga menjumpai jurnal peribadi Osama, termasuk catatan yang dibuat sehari sebelum kematiannya.

Jurnal peribadi Osama ini ada di antara 18,000 dokumen tertulis serta 79,000 dokumen audio dan foto.

Recommended