Uncategorized

Tidak Tahu Lagu Apa? Gunakan Sahaja Google Assistant

Setiap kali pertama kali mendengar lagu yang kita gemar pasti masalah yang timbul adalah apakah tajuk lagu tersebut?

Siri Dan Shazam Kenal Pasti Lagu

Sebelum ini dua aplikasi pintar iaitu Siri di iPhone dan Shazam berkebolehan mencari tajuk lagu yang kita dengar ketika itu. Kini satu lagi aplikasi telah dibangunkan iaitu Google Assistant dimana ia mampu mengenalpasti muzik dan lagu yang sedang dimainkan. Bagi pengguna peranti Android ini adalah khabar gembira buat mereka!

Hanya Sesetengah Android Sahaja Yang Diterima

Walaupun ianya untuk Android namun buat masa ini hanya peranti Android tertentu sahaja yang menerima fungsi ini. Untuk anda yang ingin gunakannya, anda perlu memberikan arahan suara “what music is playing?” dan Assistant kemudian akan mengambil masa beberapa saat mendengar dan berikan bersama dengan pautan sesawang yang lain.