Gaming, Inovasi, Internet, Luar Negara, Tech

Wow! China Guna Pemberita ‘AI’ Pertama Di Dunia

Tahu tak yang syarikat penyiaran di Beijing, China telah menggunakan pemberita Artificial Intellegence (AI) sebagai pembaca berita! Ya, mereka menggunakan pembaca berita AI di stesen penyiaran media mereka.

Dan ini sekaligus menunjukkan bahawa China sebuah negara berteknologi tinggi dan bergerak seiring perkembangan teknologi di dunia!

Ini merupakan syarikat penyiaran yang pertama di dunia menggunakan pembaca berita AI! Dengan penggunaan pembaca berita AI ini, ia dapat membantu para pengamal media dalam melaksanakan tugas-tugas harian yang sibuk!

“Apa khabar semua, saya pembaca berita Artificial Intelligence (AI) berbahasa Enggeris”- ujar pembaca berita tersebut.

“Ini merupakan hari pertama saya di Xinhua News agency”- tambahnya lagi.

Foto: China Xinhua News

Meskipun pembaca berita AI ini dilihat kurang mempunyai grafik emosi, tetapi dengan adanya penggunaan AI di dalam dunia media dapat membantu sedikit sebanyak beban pengamal media di seluruh dunia!

Admin harap, syarikat penyiaran di Malaysia dapat mengikut jejak negara China dalam penggunaan AI dan mungkin kerajaan juga dapat memberi ruang dan jalan untuk penggunaan AI di pelbagai sektor seperti komunikasi, pendidikan, kesihatan dan pelbagai aspek yang bersesuaian dalam penggunaan AI di Malaysia di masa akan datang! Siapa tahukan?