Tech, Gadget

Face ID Samsung Galaxy S10 Boleh Di Unlock Menggunakan Wajah Ahli Keluarga?

Samsung mengejutkan pengguna telefon keluaran terbaru syarikat tersebut iaitu Galaxy S10 Series. Mana tidaknyfea sistem pengenalan wajah milik telefon berkenaan boleh di buka atau unlock jika wajah ahli keluarga di scan pada telefon berkenaan.

Face ID yang sepatutnya merupakan sistem penguncian bagi telefon peribadi sendiri boleh di buka oleh ahli keluarga sendiri. Sistem ini menjadikan ia kurang secure berbanding menggunakan sistem pattern lock atau nombor.

Diambil dari Lowyat.net, terdapat laporan mengenai Face ID telefon Galaxy S10 yang boleh di buka dengan menggunakan gambar serta video juga. Ini juga terbukti apabila YouTuber Unbox Therapy melakukan eksperimen tersebut.

YouTube video

Kalau beginilah gayanya, sistem Face ID bukanlah sistem lock terbaik untuk di gunakan pada telefon bimbit pengguna. Selain itu, seorang pengguna telefon bimbit Galaxy S10 telah memuat naik status di laman Twitternya @wongmjane.

Foto: Android Info Tech

Jane Manchun Wong @wongmjane, memuat naik statusnya dengan menyatakan “Nampaknya S10+ rasa kami berdua mempunyai rupa yang sama”. Status ini di muat naik apabila telefon milik abangnya boleh dibuka apabila Face ID telefon tersebut mengscan wajahnya.

Foto: Android Authority

Pokoknya sistem Face ID yang terdapat di dalam telefon Galaxy S10 Series bukanlah sistem yang secure lagi. Mungkin anda boleh gunakan sistem penguncian yang lama seperti pattern lock atau numbering lock.

Apa-apa pun tak kira lock jenis yang bagaimana, anda sendiri yang harus membuat keputusan dan mana yang anda rasa ianya bagus jadi gunakanlah, sebab telefon merupakan alat komunikasi dan peribadi.