Tech, Gadget

iPhone 11 Bakal Memiliki Fungsi Wireless Charging?

Huawei dan Samsung masing-masing telah mengeluarkan telefon bimbit dengan kebolehan wireless charging dan kini Apple juga tidak mahu ketinggalan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang luas ini.

Foto: CNET

Menurut petikan yang diambil dari Lowyat.net, dari sumber laman web Japanese Apple news, feature berkenaan mampu menyokong Apple Watch dan juga produk terbaru daripada Apple iaitu AirPods Wireless Charging Case.

Foto: Tech Juice

Selain itu, iPhone 11 juga akan di datangi dengan cable charging yang baru. Di katakan charger yang baru ini masih mengekalkan Lightning Connector daripada menggunakan USB Type-C yang ada pada iPad Pro.

Foto: 9to5Mac

Telefon iPhone terbaru ini juga memiliki kuasa adpter 18W yang mampu mengecas dengan pantas berbanding dengan produk yang sedia ada sekarang ini hanya memiliki 5W charger.

Walaubagaimanapun, di harap generasi iPhone yang baru ini akan terus menggunakan USB Type-C connector daripada menyekat dengan hanya menggunakan Lightning Connector sahaja.