Inspirasi

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau baru-baru menghebohkan media sosial dengan penampilannya. Pemimpin dunia yang terkenal dengan wajah kacak itu nampaknya memakai stokin berwarna warni dengan tulisan “Eid Mubarak” atau Aidilfitri.

Dipercayai stokin tersebut merupakan buatan sebuah perusahaan produk halal yang berada di Toronto. Dia seolah-olah seperti sengaja menggunakan stokin itu bagi merayakan sambutan hari raya untuk orang muslim.

Namun, dari sudut yang lain, Trudeau juga mendapat kecaman lantaran mengenakan stokin itu ketika mengikuti sebuah perhimpunan LGBT di mana agama Islam tidak menerima dengan positif golongan LGBT.

Ini bukan kali pertama Justin dirakam memakai stokin dengan corak pelik. Tahun lalu ketika hari kebangsaan Canada, beliau mengenakan stokin dengan motif maple leaf, daun yang sangat sinonim dengan negara Canada.

Sumber TheStar

Gaya hidup artis Indonesia masa kini memang agak luar biasa. Bukan setakat barang berjenama atau perhiasan mewah seperti yang selalu ditunjukkan oleh sesetengah jutawan kosmetik di Malaysia ini malah mereka ada lebih dari itu.

Mereka ada yang sudah memiliki helikopter hingga pesawat sendiri. Siapa selebriti tersebut ya?

Syahrini

Penyanyi Pop Indonesia, Syahrini telah menarik perhatian netizen baru-baru ini. Bekas duet Anang Hermansyah ini memang kerap menunjukkan kemewahan hidupnya.
Rata-rata pemintanya sudah mengetahu jika Syahrini menaiki helikopter pribadi untuk menuju ke mana daerah jauh di Indonesia.

Kali ini, Syahrini terlihat menaiki helikopter peribadinya menerusi video yang dimuatnaik di Instagram peribadinya, @princessyahrini. Syahrini dalam perjalanannya mengunjungi Grand Opening Bandung Princess Cake.

Syahrini mengenakan baju serba putih dan membawa sebuah jambangan bunga berwarna pink.Dia tidak bersendirian, Syahrini ditemani oleh pembantu dan adiknya, Syahrani. Momen ini pun turut dimuatnaik oleh Instagram gosip @makrumpita.

Raffi Ahmad

Tak hanya Syahrini sahaja, pelakon dan pengacara kacak Raffi Ahmad memang dikenali sebagai pengumpul barang-barang mewah. Dari jam tangan sehinggalah kereta tidak ada satupun yang harganya murah. Ya, Raffi difahamkan telah memiliki pesawat dengan logo besar RA Jeans di badan pesawat itu.

Sumber Tribunnews

Satu gambar menunjukkan Menteri Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti nyenyak tidur di atas sebuah sofa di balai menunggu VIP di Lapangan Terbang John F Kennedy, New York. Gambar ini menjadi viral di media sosial dan mendapat pujian dari netizen dengan menggelarkan wanita ini sebagai ‘Super Woman’.

Susi dilaporkan tertidur di lounge VIP lapangan terbang itu selepas menghadiri satu sidang Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hal ehwal maritim di New York pada hari Ahad (11 Jun) yang lepas, di mana dia mendapat pujian daripada pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dengan usaha memerangi penangkapan ikan secara haram dan untuk melindungi laut.

Gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook yang dimiliki oleh Jim B. Aditya pada 12:00 pada hari Isnin. Susulan itu, satu lagi gambar muncul menunjukkan Menteri Sosial Khofifah Indar Parawansa tertidur di atas sebuah kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya.

Seluruh badan Khofifah ditutup selesa dengan kain batik, sementara begnya dijadikan bantal.

Sumber

Pemergian Julia Perez masih meninggalkan kesedihan buat peminatnya. Wanita mesra dengan panggilan Jupe ini menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu (10/6/2017) kerana barah pangkal rahim yang dideritanya.

Sejak dirawat di Hospital Cipto Mangunkusumo, perkembangan keadaan Jupe memang tidak stabil. Beberapa kali kondisi Jupe semakin buruk , namun ternyata berkali-kali juga dia berhasil berjuang ketika dia kritikal.

Walau perjuangan itu akhirnya harus berhenti, namun semangat Jupe masih terlihat jelas malahsaat waktunya di dunia hanya tinggal beberapa jam. Hal itu terlihat dari foto yang dimuatnaik oleh ibunya, Sri Wulansih.

Foto yang dimuatnaik Sri Wulansih itu diambil sehari sebelum Jupe meninggal dunia. Dalam kapsyen gambar tersebut, ibunya menuliskan bahawa saat itu adalah terakhir kalinya Jupe masuk ke bilik pembedahan.

Walaubagaimanpun, wajahnya memang bukan lagi seperti Jupe yang kita kenal. Penyakit kanser dan rawatan yang tanpa henti yang dijalani tentunya mengubah drastik penampilan wanita berusia 36 tahun tersebut.

Gambar Putera Harry makan bauh kurma dan berbuka tersebar dimana beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak muda di Singapura. Putera dari Britain ini dilihat berkongsi kurma dan bubur dengan duta keamanan iaitu Nazhath Faheema.

Sebelum berbuka puasa bersama, beliau turut disambut dan diarak dengan paluan kompang, bunga manggar serta pertunjukan silat. Pertunjukan silat diketuai oleh jurulatih silat rumah tersebut yang juga merupakan bekas juara, Sheik Alauddin Yacoob Marican.

Harry yang membuat lawatan 2 hari ke Singapura melawat pusat komuniti kendalian Jamiyah Singapura, yang menyediakan pelbagai khidmat bagi membantu memulihkan penagih dadah dengan menyediakan tempat tinggal kepada golongan tersebut.

Putera Harry sememangnya terkenal dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dan seolah-olah beliau mengikuti jejak langkah ibunya, mendiang Puteri Diana.

Sumber

Mungkin agak sukar untuk penumpang sedar siapakah yang masuk ke dalam pesawat sambil mengutip sampah. Boleh terkejut jadinya jika dapat tahu CEO syarikat penerbangan membantu krew penerbangan membersihkan sampah sarap dalam kapal terbang miliknya.



Persis seorang ‘cleaner’ itulah yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia ini, Tony Fernandes yang sangat menghargai kesemua krewnya.  Menerusi komen dari netizen, ramai yang memuji tindakannya yang sangat bersahaja.



Tak rasa malu malah CEO ini sedia bekerja dan membantu krew kabin yang sedang sibuk dengan mengutip sampah. Dalam video ini beliau turut suarakan rasa bangga dengan pencapaian kesemua staff penerbangan Air Asia.

Membantu krew ketika pesawat penuh dan hari ini merupakan Hari Kru Kabin Sedunia. Kepada semua anak-anak kapal-kanak di seluruh dunia, terutama anak-anak kapal kabin All Star saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana bekerja keras dan menjadikan sebuah penerbangan lebih seronok.Teruskan untuk meraih anugerah dengan rasa megah. 

Melalui video yang menjadi tular itu, Tony berseloroh yang video itu sengaja dirakam secara rahsia tanpa pengetahuannya. Sikap terpuji ditunjukkan oleh Tony bukan sekali dua dan setiap contoh baik yang ditunjukkan pasti menjadi inspirasi kepada ramai orang

 

Selepas mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat rakaman gergasi Universal Music kini pelakon jelita Nur Fazura telah terpilih sebagai salah seorang calon yang bakal menjadi wajah tercantik di dunia.

Satu akaun Instagram yang diberi nama 100 Most Beautiful Faces telah menyenaraikan 100 wanita cantik dari serata dunia untuk dinobatkan sebagai wanita tercantik. Apa yang lebih membanggakan Nur Fazura adalah satu-satunya wanita dari Malaysia yang tersenarai.

Antara nama-nama besar yang turut tersenarai ialah Angelina Jolie, Jennifer Lopez, Adriana Lima, Rihanna, Gigi Hadid dan ramai lagi

Sehingga ke detik ini, Nur Fazura sedang berada di tangga lima teratas dengan undian melebihi 12 ribu undi.

Cara-cara untuk mengundi mudah sahaja, anda hanya perlu lawati laman akaun Instagram @100MostBeautifulFaces dan like gambar yang terdapat disitu.

Jom kita undi satu-satunya bintang dari Malaysia untuk bergelar wajah paling cantik di dunia.

Sumber & Kredit Foto: Glam

Yang gemar lagu-lagu zaman 70an, pasti kenal dengan nama bintang jelita ini. Rina Rahman atau nama sebenar Norhayati Abdul Rahman pernah popular dengan lagu Ku Ingin Bahagia dan Ada Kesedihan Di Wajahmu. Kepada generasi baru lagu ini mungkin asing bagi mereka. Lagu ni lagu nyanyian Rina Rahman, saya katogerikan antara lagu evergreen sepanjang zaman.

Rina Rahman terus berhenti menyanyi bila dia berumahtangga, sampai sekarang dia tak buat `comeback’. Baru-baru ini beliau  menerima Sijil Pengajian Al-Quran dan Tajwid selepas beliau telah menamatkan pengajian al-Quran dan tajwid tahap empat selama empat tahun.

Beliau yang ditemui telah melahirkan rasa syukur kerana dipanjangkan usia dan diberikan hidayah oleh Allah untuk mengenali semula serta mencintai kalam suci al-Quran di usia senja.

“Mempelajari semula bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul pada usia lanjut adalah sesuatu yang sangat mencabar dan saya pernah beberapa kali mahu berputus asa.”

“Sepanjang empat tahun pengajian, cabaran paling besar adalah ketika menghadapi ujian bagi setiap tahap. Ketika itu ramai yang hampir putus asa kerana sudah berusia, memori pun tidak kuat untuk ingat apa yang kami belajar.

“Alhamdulillah, demi memartabatkan ilmu al-Quran untuk diri dan keluarga, saya habiskan juga pengajian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Graduasi Sijil Pengajian Al-Quran dan Tajwid ke-7 di Hotel Royale Chulan, Damansara, di sini, semalam.

Pencapaian ini sekaligus dapat menolak persepsi masyarakat terhadap anak seni tempatan, lebih-lebih lagi dia dahulu pernah menyanyi di kelab malam dan Allah tidak melihat kepada pada sejarah kesilapan kita tetapi sebaliknya pengakhiran yang direstui.

“Semua orang pun pernah buat dosa. Tapi percayalah hidayah itu milik Allah yang boleh mengubah seseorang itu ke arah lebih baik pada pengakhirannya,” katanya

Pada majlis itu, 259 pelajar daripada 10 kelas kendalian Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan dianugerahkan sijil pengajian al-Quran dan tajwid selepas tamat mengikuti pengajian.

Sumber

Apa-apa sahaj boleh terjadi jika ada kegigihan untuk berusaha demi kelihatan lebih cantik. Namun kita tidak seharusnya melihat pada penampilan luar saja, dan jika dilihat pada kajian menunjukkan masyarakat akan tertarik pada penampilan seseorang untuk kali pertama.

Oleh sebab penampilan selalunya akan menjadi pandangan pertama, tidak hairan abila seseorang itu memiliki kecenderungan untuk percaya pada paras rupa dan cara berpakaian. Benar atau tidak?

Seperti yang terjadi pada wanita yang berasal Vietnam, Kuok. Gadis berusia 22 tahun ini sering diejek dari teman-temannya hanya kerana bibirnya tebal dan hidungnya tidak mancung seperti Gorila. Pendek kata, Kuok dianggap jelek oleh teman-temannya bahkan seseorang pernah mengatakan tak akan menikahi dirinya karena penampilannya yang huduh.

Gadis ini nekad untuk melakukan pembedahan plastik dan menghabiskan wang beribu-ribu ringgit bagi mengubah wajah menjadi lebih cantik. Selepas melakukan operasi plastik, Kuok lebih berkeyakinan tinggi dan akhirnya menemukan seseorang yang kini jadi pasangan hidupnya.

Sumber

Apakah definisi Cinta Sejati bagi anda? Cinta dan nafsu sering kali membingungkan kita. Sebenarnya jika kita tonton filem, lagu juga novel, kebanyakkannya bukan tentang cinta sejati tetapi nafsu. Namun menerusi video drama pendek ini boleh membuktikan Cinta Sejati atau True Love benar-benar wujud dia antara dua jiwa.

Naelofar Hijab True Love sebuah video romantis yang menjadi perbualan hangat dikalangan peminat Neelofa. Menurut laporan dari Harian Metro, dia akui lagu tema dan video bagi #NHTRUELOVE diinspirasikan daripada kisah cinta beliau sendiri. Dengan mengetengahkan bakat lakonan dari Indonesia. Pemilihan Miller Khan sebagai watak kekasih Neelofa sangat tepat kerana jejaka kacak ini mampu menyampaikan emosi dengan begitu baik sekali.

Namun Neelofa tidak mengulas lebih lanjut kisah percintaannya kerana mungkin terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Saya juga serahkan kepada penonton untuk menilainya sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017

Jika dilihat pada keseluruhan babak dalam drama pendek ini, pasti ramai penonton boleh mengaitkan watak ini dengan pasangan Neelofa dan Fattah Amin. Antara babak-babak yang begitu dekat dengan kisah Fattah dan Neelofa seperti, bertemu dalam lokasi pergambaran di lapangan terbang seolah-olah sama dalam drama Suri Hati Mr Pilot.

Selain itu babak menemani teman lelaki bermain futsal dan sebuah lagu telah dicipta khas buatnya sangat dekat dengan kisah cinta Fattah dan Neelofa. Kesimpulannya sangat jelas boleh dikaitkan dengan fenomena #Lofattah yang cukup hangat sebelum ini.

“Cinta itu membebaskan, jika ia kembali. Itulah Cinta Sejati”- kata-kata akhirnya yang diluahkan oleh Neelofa sambil menitiskan air mata.