DLL

Usahawan kosmetik popular Dato Aliff Syukri telah berkongsi video di dalam Facebook dan Youtube di mana menyaksikan dia senang mengamuk terhadap pembantu rumahnya kerana ditangkap mencuri wang dan beberapa barang berharga.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat barang-barang yang dicuri berselerakkan di atas lantai dan beliau kelihatan berkeras mahu membawa pembantu rumahnya ke balai polis untuk didakwa. Difahamkan pembantu rumahnya itu baru sahaja sebulan bekerja di rumah beliau.

Bagaimanapun dilihat pambantu rumahnya itu merayu agar tidak melaporkan kepada pihak polis dan berjanji tidak akan mencuri lagi.

“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya,” tulisnya di laman Facebook.

Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri di mana semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg.

Sumber

Belum seminggu Julia Perez meninggal dunia pada Sabtu yang lalu, namun banyak pula muncul isu-isu yang tak sedap yang menghebohkan dunia Tanah Air di Indonesia. Berbagai berita kurang menyenangkan mula beredar ketika keluarga Jupe yang masih berduka.

Baru-baru ini netizen dihebohkan oleh kemunculan seorang wanita yang disebut-sebut sebagai penampakan Julia Perez. Kelibat wanita tersebut terlihat ditengah kerumunan media yang tengah menemuramah Dewi Persik.

Netizen kemudian memberi fokus oleh penampakan wajah yang terakam di kamera. Wajah wanita tersebut terlihat putih pucat dengan kepala yang agak tertunduk sambil memandang ke arah bawah.

🙏

A post shared by dewiperssikreal depelovers (@realdepelovers) on

Gambar yang khabarnya memperlihatkan penampakan Julia Perez itu terus beredar luas di media sosial. Jadi benarkah itu penampakan Jupe, atau hanya berita palsu?

Ada yang menilai jika penampakan wanita tersebut memang mirip dengan Julia Perez. Tapi sebenarnya jika dilihat betul-betul wanita itu sedang melihat ke arah telefonnya. Tapi seorang netizen telah merungkai sebenarnya penampakan Julia Perez itu adalah wanita biasa. Wanita tersebut merupakan seorang wartawan dari salah satu media online di Jakarta yang turut sama menemuramah Dewi Persik.

Sumber

Kami baru sahaja menerima khabar sedih menerusi akaun Instagram Bazli UNIC. Dia telah memaklumkan pemergian anaknya menemui Illahi pagi tadi.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…

Anak lelakinya, Mohd Syahid yang berusia empat tahun disahkan menghidap kanser kalenjar tahap tiga pada Januari lalu.

Bazli turut berkongsi video bersama arwah anaknya dalam kereta dan meluahkan rasa rindu untuk membaca Al-Quran bersama.

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

Syahid yang juga menghidap penyakit autism tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik untuk mengadu atau meluahkan rasa sakit dihadapinya.

Menurut status yang diletakan pada Facebook Bazli, sembahyang jenazah anaknya akan diadakan Zuhur ini di Masjid Ehsan Kampung Kubu Gajah Sungai Buloh. Salam takziah untuk Bazli & keluarga. Allah lebih sayangkan Syahid kami percaya ramai yang turut bersedih dengan kehilangan ni.

Sumber

Akhirnya urusan pengembumian pelakon sinetron Yana Zein selesai dengan baik. Jenazah telh dikebumikan pada keesokan harinya dengan disaksikan oleh kedua-dua orang tua dan saudara-mara.

Selepas mendapat berita Yana meninggal dunia, bapanya, Nurzaman Zein, bergegas dari rumahnya yang berada di Pekanbaru, Riau. Salah satu perkara mustahak kedatangannya ini adalah untuk pastikan pengembumian anak perempuannya dengan cara Islam. Sebelumnya, mendiang Yana memang dirancang untuk dikebumikan secara Kristian.

Pada awalnya Nurzaman rasa kecewa ketika dapat tahu anak perempuannya dikebumikan dengan cara agama ini dan terus bertindak memindahkan cara pengebumian dalam cara Islam

Selepas berlakunya perdebatan sengit dengan ibu kandung Yana, Swetlana Zein, akhirnya kseluruh keluarga memutuskan untuk mengebumikan bintang filem ‘Susuk Pocong’ tersebut secara Islam. Nurzaman dengan rasa sedih memandaikan semula anaknya dengan cara Islam.

“Saya bilang, ‘Anakku sayang, kecil dulu saya mandikan kamu. Sekarang saya mandikan kamu terakhir kali. Kita tidak akan ketemu lagi ya, nak,'” kata Nurzaman pada jenazah anak saat dimandikan.

Baju kebaya yang digunakan Yana ketika masih terbaring di dalam keranda digantikan dengan kain kafan. Nurzaman mengaku dia menyuruh seseorang untuk membuang kebaya tersebut.

“Iya, sudah buang saja, enggak ada gunanya,” katanya

Malah jasad Yana yang sebelumnya telah diformalin, terpaksa dibersihkan dengan menggunakan deterjen yang digunakan mencuci pakaian.

“Supaya formalinnya itu lepas, supaya sempurna bersihnya. Deterjen kan bisa membersihkan yang kotor, lemak-lemak kan, hanya itu. Formalin itu kan lemak-lemak yang bisa menutup kulitnya supaya jangan busuk, itu yang harus dibersihkan. Kita bersihkan 3 kali kemarin pakai deterjen. Enggak haram, karena itu pembersih kan,” kata Nurzaman.

Yana dikembumikan dengan secara Islam sesuai selepas sebulat suara diputuskan bersama ibunya, Swetlana Zein. Nurzaman sangat bersyukur kerana semuanya telah selamat diuruskan.

Sumber

Yana Zein dikebumikan di Jawa Barat pada hari Jumaat minggu lalu akhirnya akan dikembumikan semula dengan cara Islam. Sebelum ini, berlaku perbalahan antara Ibu dan Bapa Yana Zein mengenai cara dan proses pemakaman terhadapYana Zein.

Dipercayai, Yana Zein meninggal dunia selepas ketibaannya di Indonesia di mana sebelum ini Yana Zein menjalani rawatan di China.

Rawatan tersebut dilakukan Yana Zein untuk membuang sel kanser payudara yang dideritanya. Proses pengembumian pun menjadi isu berbangkit dikalangan ahli keluarga dan akhirnya mereka akur kemudian dimakamkan semula secara Islam.

Padaw awalnya memang sungguh mengelirukan apabila bapa Yana ingin anaknya dikebumikan secara Islam, sementara ibunya mahu anaknya tersebut dikebumikan menurut kepercayaan agama Kristian.

Sahabat Yana Zein, Andi Soraya meluahkan rasa syukur lantaran sahabatnya dikebumikan dengan secara Islam. Dalam posting terbaru Andi, dia berkata cukup yakin bahawa Yana meninggal sebagai Muslim.

Penyanyi popular di Indonesia juga di Malaysia, Krisdayanti sempat melawat jenazah Yana Zein yang disemadikan di Rumah Duka Hospital Fatmawati, semalam. Sememangnya Yana merupakan teman rapat Krisdayanti lebih-lebih lagi mereka berdua pernah berlakon bersama dalam sebuah sinetron suatu ketika dahulu.

Sesuatu yang mencuri perhatian orang ramai ketika Krisdayanti datang melawat jenazah Yana .Krisdayanti sempat memasangkan bulu mata pada Yana yang ketika itu jenazah berada di dalam keranda . Krisdayanti memberitahu pada media, semasa hidupnya Yana Zein memang selalu memakai bulu mata palsu.

Krisdayanti berkongsi pengalaman manis bersama pelakon veteran ini yang sememangnya Yana insan yang sangat baik.

“Seingat saya kalau sesi pergambaran drama berehan, Yana akan mencampakkan rambut palsunya dan terus menhajak rokok. Suka duka pernah sama-sama”

Sumber

Pemergian Yana Zein buat selamanya membuatkan ramai yang berduka. Namun apa yang menjadi persoalan dikalangan orang terdekat mehatrakan rumah keluarga Yana seolah-olah sepi. Tidak ada keluarga dan tetangga yang datang untuk memberikan ucapan takkziah kepada Yana. Adakah ini hanya andaian sahaja?

Menurut sumber dari portal hiburan di Indonesia, ada rakan-rakan yang hadir memberitahu Yana tidak begitu mesra dengan jiran tetangga kerana sejak setahun tahun yang lalu Yana fokus untuk mendalami agama.

Karena itu Yana Zein dan keluarganya lebih sering menyembunyikan diri. Dari maklumat yang diberi sejak setahun kebelakangan ini Yana memang sudah menganut ajaran Kristian dan tengah fokus mempelajarinya.

Oleh kerana itu, Yana dikebumikan dengan mengikut cara agama yang dianuti.

Pelakon wanita veteran ini sering memegang watak antogonis di sinetron Cinta di Langit Taj Mahal itu meninggalkan dua orang anak perempuan yang masih berusia 13 dan 11 tahun. Ia meninggal dunia akibat kanser pada usia 44 tahun.

Sumber

Pemergian pelakon veteran Yana Zein bukan hanya meninggalkan duka yang mendalam bagi keluarga yang ditinggalkan. Ahli keluarga terpaksa menanggung segalah kesulitan dari soal kewangan bagi menguruskan pengebumian Yana.

Ibu kepada Yana, Swetlana Zein akui terpaksa menjual kereta dan sejumlah barang berharga milik Yana untuk membeli keranda untuk anaknya.

Sedih juga mendengar nasib pelakon sinetron ini. Berikut luahan ibunya,

“Ya, saya terpaksa menjual keretanya serta beberapa barang berharga, namun masih lagi berhutang”, kata Swetlana ketika ditemui di Hospital Fatmawati, Jakarta.

Yana menghembuskan nafas terkakhir pada hari ini dengan meninggalkan dua orang anak perempuan iaitu Aurelia Callista dan Alika Pandora.

Sumber

Pelakon sinetron popular Yana Zein telah menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang melawan kanser payudara. Artis berusia 44 tahun itu meninggal dunia di Hospital Mayapada, Jakarta.

Namun, jenazah Yana masih berada di Hospital dan Jenazah belum dimandikan ataupun dipulangkan ke rumah kerana keluarga tidak mempunyai wang.

“Kami tidak mempunyai wang, siapa yang mahu bayar peti dan pemakaman. Kalau ada dermawan yang boleh bantu, kami amat berharap,” kata Swetlana Zein.

Dua sahabat Yana, Lingga Suri dan Firda Kussler, mengakui keluarganya mempunyai masalah kewangan. Nampaknya pihak keluarga telah berhabis membiayai perubatan mendiang Yana ke China.

Menurut laporan Kapan Lagi  sehingga kini Yana masih ada di bilik jenazah, kerana masih menunggu kepastian untuk menguruskan jenazah dan urusan pengebumian.

TERKINI: Tiada Wang Beli Keranda! Keluarga Yana Zein Terpaksa Jual Kereta 

Yana Zein pernah menikah dengan Fahmi Darmawansyah (sekarang suami kepada Inneke Koesherawati), namun pernikahan mereka berakhir dengan perceraian.

Yana pernah membintangi dram sinetron popular seperti Hidayah (2006), Anak Membawa Berkah (2009) dan Cinta di Langit Taj Mahal (2015). Yana Zein sempat menjalani rawatan susulan ke China dan kembali ke Indonesia pada Minggu lalu. Dia sempat memberitahu keadaanya 80% sembuh namun meninggal dunia pada jam 1 pagi waktu Indonesia. Takziah diucapkan pada keluarganya.

Sudah lama kita tidak lihat kelibat pelakon Esma Daniel di kaca TV menerusi drama terbaru. Bekas suami kepada pelakon Sherie Merlis akhirnya telah membuat pengakuan bahawa sudah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November tahun lalu.

Kredit Foto: Media Hiburan

Menurut laporan berita dari Harian Metro, Esma, 48, ketika dihubungi berkata, dia perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.

“Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama”

Perkongsian hidup bersama bekas isteri telah dikurniakan enam orang anak dan kini mereka menetap di Johir Bahru.

“Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini,” katanya.

Esma memberitahu kepada media bahawa mereka berpisah secara baik memandangkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian.

Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis di mana mereka mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Harith Daniel dan Habib Daniel.

Sumber