Telefon

Samsung Galaxy Note FE Bakal Ditawarkan Dengan Harga RM2599

Untuk peminat peranti Galaxy Note, berita baik untuk anda kerana Samsung Galaxy Note Fan Edition bakal berada di Malaysia tidak lama lagi. Berita ini telah disahkan oleh Samsung Malaysia menerusi laman web mereka.

Bermula 25 Oktober

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan peranti ini, anda boleh mengunjungi galeri Samsung berhampiran bermula 25 Oktober ini.Sebagai info, ini adalah ‘kelahiran semula’ Galaxy Note 7 dimana ianya telah digantikan dengan saiz baterinya yang lebih kecil. Terdahulu, Samsung telah menarik semula penjualan Note 7 mereka kerana terdapat banyak kes letupan telah dilaporkan. Larangan untuk dibawa ke atas kapal terbang turut dikuatkuasakan serta merta.

Kini, Galaxy Note FE tampil dengan 3,200 mAH kuasa bateri, sedikit kecil berbanding Note 7 sebelum ini dengan 3,500 mAh.

Harga Serendah RM 2599

Menurut Samsung Malaysia juga, Note FE bakal dijual dengan harga pasaran RM 2599. Samsung Galaxy Note FE ini dilengkapi dengan skrin 5.7″ AMOLED QHD, pemproses Exynos 8890, memori sebesar 4 GB RAM dan storan 64 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Dalam masa yang sama ia turut menggunakan Android 7.1.1 selain turut sertaka sokongan S=Pen.

Ditawarkan dengan rekaan kalis air dan debu.Samsung Galaxy Note FE bakal hadir dalam dua pilihan warna hitam dan biru.

Sumber : Lowyat.net