Featured, Telefon

Berikut Harga Serta Spesifikasi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia

Seperti mana yang kita tahu,  dua produk dari Apple, iPhone 8 dan 8 Plus dilancarkan di Steve Jobs Theatre, Apple Park Campus, Cupertino, Amerika Syarikat, pada awal September yang lepas. Kedua-dua model ini merupakan versi pembaharuan dari iPhone 7 dan 7 Plus yang dikeluarkan pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, rekaan yang dibawa iPhone 8 dan 8 Plus tak banyak berubah dari model sebelumnya. Peningkatan lebih signifikan terlihat pada spesifikasi dan fitur yang dibawa.

iPhone 8 dan 8 Plus mengandalkan prosesor A11 berinti 6 dengan desain 64 bit. Performance CPU-nya lebih cepat 70% dibandingkan A10, sementara GPU-nya lebih mantap 25%.

Dari sisi kamera, iPhone 8 masih mengusung single camera 12 megapiksel, sementara varian Plus sudah menggunakan dual camera yang masing-masing lensanya juga memiliki sensor berkualiti 12 megapiksel.

Menurut laporan dari Amanz.my, di Malaysia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan ditawarkan dalam dua pilihan storan – iaitu 64GB dan juga 256GB.

Berikut adalah harga jualan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia yang ditawarkan oleh pengedar seperti Machines, dan Switch:

iPhone 8 64GB – RM3649
iPhone 8 256GB – RM4399
iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
iPhone 8 Plus 256GB – RM4899

Menurut pemerhatian terhadap syarikat telekomunikasi pula, mereka memaparkan harga jualan untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dengan kurang RM50 daripada harga yang disenaraikan oleh pengedar rasmi Apple di Malaysia. Namun, seperti biasa, ia ditawarkan bersama pakej prabayar atau pascabayar.

YouTube video

Tunggu apa lagi? pengguna tegar Iphone boleh buat Pra-tempahan di pengedar Apple dan juga syarikat telekomunikasi bermula hari ini.  Difahamkan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan dijual secara rasmi bermula 20 Oktober 2017 di Malaysia.