Featured, Telefon

Nilai iPhone X Yang Anda Perlu Bayar di Malaysia. Serius Mahal!

Sebelum ini Hangat ada berkongsi artikel mengenai harga Apple iPhone 8 dan 8 Plus dimana harga penjualannya bermula daripada RM3649 sehingga RM4899. Harga yang diumumkan juga telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai menganggap harga penjualannya agak mahal. Namun kalau dah suka, mesti beratur juga rakyat Malaysia nak membelinya.

Tak sampai 24 jam selepas semua rakyat Malaysia dapat tahu harga iPhone 8 dan 8 Plus, kini harga iPhone X pula diumumkan dengan tanda harga yang pastinya lebih mahal.

Apple iPhone X bagi storan 64 GB bakal mula dijual dengan harga RM5,149 manakala bagi storan 256 GB ianya bakal ditawarkan dengan harga RM5,899. Harga yang diumumkan Apple buat iPhone X juga menjadikan model ini sebagai model iPhone termahal pernah dikeluarkan. Fuhh! Mahal betul.

Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah hakikatnya bahawa harga runcit ini agak tinggi apabila dibandingkan dengan harga rasmi mereka di Amerika Syarikat. IPhone X 64GB dijual dengan harga $999 (kira-kira RM4,200), manakala model 256GB bernilai $1,150 (kira-kira RM4,850) – iaitu hampir RM1,000 pengurangan pada setiap telefon.

Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya kerana mata wang kita yang lemah dan cukai tempatan adalah dua fakto. Tetapi bagaimanapun, ia agak menyakitkan untuk dilihat. Apa-apa pun, harga hampir sama dengan harga di Singapura, di mana model 256GB dijual pada SG$ 1888 (kira-kira RM5,880).

Setinggi mana pun harganya, Hangat pasti ramai rakyat Malaysia akan merebut peluang untuk dapatkan satu. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Apple iPhone X, anda mungkin perlu menunggu sedikit lama sebelum iPhone X mula dijual secara rasmi di Malaysia.

Sumber Lowyat.net