Dron

Drone Ini Berjaya Rakam Saat Gunung Berapi Meletup di Jepun

Anda pasti rasa ngeri menyaksikan gunung berapi meletus atau meledak dengan memuntahkan lava merah dan abu panas selepas lihat video ini.

Kini dengan adanya teknologi, kita dapat merakam momen-momen erupsi dari jarak dekat tanpa harus berada di dekat lokasi.

YouTube video

Seorang lelaki bernama Reynolds merakam erupsi gunung berapi di Jepun, yak i Shinmoedake, dengan menggunakan drone DJI Mavic Pro.

Memalui perkongsian dari Mashable, Reynolds merakam aktiviti erupsi gunung tersebut dari jarak selamat oleh jangakauan manusia, yakni sekitar 2,5 km dari kawah gunung.

Drone Reynolds berjaya menangkap banyak momen erupsi ini. Asapnya membumbung tinggi hingga 5,600 kaki atau 2,000 meter dari atas kawah, dan sekelilingnya telah tertutup oleh abu.

Nasib baik warga sekitar telah mendapat peringatan bahawa erupsi gunung Shinmoedake telah memasuki status bahaya. Dengan begitu, proses evakuasi lebih mudah dilakukan.

Sebagaimana diketahui, gunung berapi Shinmoedake terakhir kali mengalami erupsi pada 2011 silam.

Sumber Mashable