Apabila bercakap mengenai komputer dan permainan video yang terbaik, MSI merupakan salah satu jenama yang tersohor dan boleh dipercayai.

Kedai Yang Terbesar Di Dunia

Hari ini,sejarah baru turut dicipta apabila MSI telah membuka kedai mereka di Kuala Lumpur sekali gus menjadi kedai MSI yang terbesar di dunia setakat ini.

Direka khas di dalam ruangan bangunan dua tingkat, kedai ini turut menempatkan ruang pameran komputer dan peralatan gaming di tingkat bawah. Menariknya lagi,pengguna dapat melihat pelbagai gadjet serta boleh mencuba pelbagai barangan lain seperti komputer keluaran MSI yang terbaru.

Ruangan E-Sports

Di tingkat atas pula, terletaknya ruang permainan ( Gaming Area). Disini,perlawanan E-sports diantara dua pasukan, dan boleh menempatkan penonton serta pengacara juga bakal ditempatkan. Tambahan pula, pihak MSI telahpun mempunyai perancangan aktiviti yang bakal dilakukan di ruangan ini tidak lama lagi.

Berada Di Golden Triangle Kuala Lumpur

Untuk anda yang ingin berkunjung ke sini, ianya terletak berhadapan dengan Plaza Lowyat Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jadi buat anda yang ingin dapatkan peranti MSI yang sah, bolehlah berkunjung ke kedai fizkal mereka hari ini.

Sumber Lowyat.net

SHARE
Previous articleMahu iPhone 8? Milikinya Dengan Hanya Serendah RM 83 Sebulan Menerusi Plan Celcom
Next articleHuawei Mate 10 Pro Dengan Rekaan Paparan Skrin Super Luas
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date