Untuk peminat Pizza Hut, ini berita baik untuk anda kerana Pizza Hut kini tampil memperkenalkan aplikasi mereka di telefon bimbit anda. Aplikasi ini bakal memudahkan peminat piza memesan piza kegemaran mereka dengan lebih mudah dan lebih efisien.

Turut Sertakan Ganjaran

Seperti aplikasi yang lain, Pizza Hut Malaysia turut memberi ganjaran mata bonus untuk setiap pesanan melalui aplikasi mereka. Mata bonus ini boleh ditebus untuk makanan sampingan, air dan juga piza secara percuma!. Menurut syarikat ini, aplikasi mereka sudah dilancarkan pada September yang lalu dan sehingga kini sudah dimuatturun lebih dari 37,000 .

Take Away Kiosk Yang Pertama Di Asia Pasifik  

Bukan itu sahaja, Pizza Hut Malaysia juga dengan bangganya telah melancarkan kedai konsep mereka yang pertama di Sunway Pyramid yang juga kiosk Take Away yang pertama di Asia Pasifik.

Dengan memilih kandungan piza, anda juga boleh melihat bagaimana ianya bakal terhasil. Sementara menanti, disini juga disediakan beberapa permainan mini khas untuk pelanggan yang menunggu pizza mereka untuk disiapkan.

Sumber :Lowyat.net

SHARE
Previous articlePerbandingan Harga iPhone 8 Dari Digi, Celcom Dan U Mobile
Next articleCanon PowerShot G1 X Mark III: Kamera Kompak Premium Paling Canggih
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date