Telefon

Tampak Klasik Dan Mewah Dengan Rekaan Porsche Huawei Mate 10

Jika sebelum ini kami telah memaparakn spesifikasi mengenai Huawei Mate 10 Pro, mungkin rekaan terbaru Mate 10 ini bakal menarik perhatian anda untuk memilikinya.

Lebih Elegan

Sama seperti tahun lepas memperkenalkan edisi terhad , tahun ini Huawei sekali lagi memperkenalkan model dan rekaan mereka yang lebih mewah iaitu Huawei Mare dengan rekaan Porsche.

Tidak banyak beza seperti siri Mate 10 yang lain namun edisi Porsche ini ternyata membuatkan rekaanya kelihatan begitu mewah dengan pelbagai kemasan ekslkusif.

Perbezaan Mate 10 Porsche

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, jika dilihat pada paparan hadapan Mate 10 Porsche ianya sama seperti Mate 10 Pro. Namun, model ini didatangkan dengan fon, tema dan penghias skrin yang berbeza bagi melambangkan ianya sebagai rekaan Porsche.

Jika anda lihat pada belakangnya pula akan kelihatan seperti panel yang diperbuat dari gelas seramik. Namun percaya atau tidak, ianya memang diperbuat dari gelas tetapi pada permukaannya dilihat seperti gelas seramik. Berbanding Mate 10 Pro, edisi Porsche ini juga datang dengan beberapa jalur serta tertera logo Porsche pada telefon bimbit ini.

Persamaan Mate 10 Pro Dan Mate 10 Porsche

Selain perbezaan, Mata 10 Porsche masih lagi mengekalkan beberapa spesifikasi yang sama seperti Mate 10 Pro. Ini termasuklah 6 inci paparan penuh 1080p OLED dengan sokongan HDR10, set cip Kirin 970 yang dipadankan dengan RAM sebanyak 6GB,simpanan storan dalaman 256GB,bateri berkuasa besar 4,000mAh battery dan termasuklah EMUI 8.0 pada Android 8.0 Oreo.

Jika dilihat pada kameranya, edisi terhad Mate 10 ini turut didatangkan dengan dua kamera Leica yang mampu mencapai lensa 12MP dan 20MP. Kedua – duanya juga disertakan dengan lensa f/1.6. Kamere hadapan nya pula disertakan dengan 8MP.

Harga Pasaran RM 6,999

Untuk anda yang mengimpikan telefon bimbit Huawei Mate 10 Porsche ini, ianya bakal dilancarkan pada suku kedua bulan November. Harga yang hampir sama dengan Mate 9 Porsche, model kali ini juga bakal dijual dengan harga RM6,999

Sumber Lowyat.net