Samsung baru sahaja memperkenalkan Samsung 360 Round mereka yang merupakan sebuah kamera 360 darjah dengan rakaman 3D pada resolusi 4K.

17 Lensa Kamera Pada Satu Peranti

Tersedia dengan 17 lensa kamera sebesar 2-Megapixel f/1.8 dimana pada peranti ini sebanyak 16 terletak pada bahagian sisi dan satu pada bahagian atas. Ianya telah direka bagi menghasilkan kandungan 3D untuk peranti realiti maya ( virtual reality) pada tetapan tertinggi.

6 Pembesar Suara

Selain merakam. 360 Round dihasilkan bagi membolehkan ia melakukan penstriman pada resolusi 4K 30FPS. Enam pembesar suara berfungsi untuk merakam audio spatial dan direka dengan kemampuan kalis air IP65. Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi mengenai harga jualan ini namun jangkaan harganya mungkin mencecah US$ 10,500 (RM 44,363)

Spesifikasi Samsung 360 Round

  • 17 kamera bersaiz 1/2.8-inch, 2MP dan lensa f/1.8
  • 6 mikrofon dengan sokongan 2 mikrofon luar
  • Sambungan LAN atau USB Type-C
  • 10GB RAM dan 40GB sokongan memori dalaman
  • Mencecah sehingga 2TB SSD,dan 256GB SD card
  • Berat 1.93kg
  • 19V, 21.1A sokongan kuasa

 

Sumber Lowyat.net

SHARE
Previous articleTampak Klasik Dan Mewah Dengan Rekaan Porsche Huawei Mate 10
Next articleLebih Hebat! Samsung Akui Sedang Persiapkan Galaxy Note 9
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date