Telefon

Huawei Mate 10 Pro Tumpaskan iPhone 8 Plus Dan Samsung Note 8

Bagi anda yang ingin mengetahui kedudukan carta telefon bimbit terbaik mengikut spesifikasi gambar dan kamera nya, anda mungkin boleh merujuk ke laman web DxOMark yang sememangnya menjadi penanda aras kedudukan telefon bimbit di seluruh dunia.

DxOMark Beri Markah Tinggi Untuk Huawei Mate 10 Pro

Terkini, menerusi laman web berkenaan, DxOMark telah mmemberi markah sebanyak 97 mata untuk Huawei Mate 10 Pro sekaligus mengalahkan pesaing terdekatnya iPhone 8 Plus dan Samsung Galaxy Note 8 yang mendapat 94 mata.

Berdasarkan laman web berkenaan, sebab Mate 10 Pro memperolehi sebanyak 97 mata adalah kerana telefon bimbit berkenaan mempunyai ‘low level of noise even under low light condition’. Selain itu telefon berkenaan juga dilengkapi kebolehan untuk fokus secara automatik, target exposure, dynamic range dan banyak lagi.

Google Pixel 2 Di Tangga Teratas

Walaupun Mate 10 berjaya mengalahkan dua jenama gergasi itu, namun di tangga teratas masih lagi kekal milik Google Pixel 2 yang memperoleh 98 mata sekaligus hampir menepati ciri terbaik penghasilan kamera yang pernah dihasikan sebelum ini.

Sumber Lowyat.net