Telefon

Dibaluti Emas & Kulit Buaya, iPhone X Edisi Terhad Berharga RM 16 Ribu

iPhone X merupakan model terbaru Apple yang dikeluarkan tahun ini. Sampai sekarang, model ini belum dijual di pasaran. iPhone X disebut-sebut bakal hadir di pasaran pada 3 November 2017. Di luar negeri, versi termurah iPhone X bernilai US$ 999 atau sekitar RM 4,225.

Namun, baru-baru ini Syarikat Telefon mewah dari Helsinki, Finland, membuat versi mahal iPhone X.

Dengan menghadirkan iPhone X menjadi enam model. Masing-masing iPhone X hanya dibuat dalam jumlah terhad, iaitu 10 unit.

1. iPhone X Aurum

Sumber: Legend

iPhone X model Aurum dilapisi emas 24 karat. Logo Apple di permukaan belakangnya diganti dengan mutiara hitam. Hanya ada 10 unit untuk model ini dengan harga US$ 3.494 atau setara RM 14,779

2. iPhone X Corium

Sumber: Legend

iPhone X model Corium dijual US$ 3,778 atau sekitar RM 15,980. Bingkai iPhone X Corium dibuat dari emas 24 karat, sementara permukaan belakangnya dilapisi kulit buaya. Seperti model Aurum, logo Apple model ini terbuat dari mutiara hitam.\

3. iPhone X Classique

Sumber: Legend

 

Model Classique iPhone X ini dibuat dari emas 24 karat yang pada tiap sisinya dihias dengan seperti ukiran sehingga membuatnya terlihat klasik.

Logo Apple pada iPhone X diganti dengan berlian-berlian kecil. Hanya ada lima unit untuk model ini dengan harga US$ 3,897 atau sekitar RM 16,483.

4. iPhone X Lu

Sumber: Legend

Rekaan iPhone X Lu dibuat sebagai penghormatan bagi simbol dan ornamen tradisional Tiongkok. Ornamen yang dimaksud adalah logo naga yang dibuat dari emas 24 karat.

Sementara bahagian mata naga terbuat dari berlian warna merah. Smartphone ini dijual seharga US$ 3,590 atau sekitar RM 15,185.

5. iPhone X Fusion

Sumber: Legend

Modul Fusion diciptakan dengan konsep rekaan modern terlihat solid. iPhone X Fusion dibuat dengan serat karbon, perak, hingga lapisan mutiara di bahagian logo Apple. Bernilai US$ 3790 atau sekitar RM 16,031.

Berminat tak? Kalau mampu apa salahnya.

Sumber Business Insider