Walaupun Google Pixel 2 menduduki tangga teratas untuk telefon bimbit dengan kamera yang terbaik, namun beberapa masalah mula dilaporkan oleh pengguna mereka di luar negara.

Dua Masalah Utama Menjadi Perhatian Google

Baru sahaja dilancarkan, namun Google kini dilaporkan sedang mencari jalan untuk memperbaiki masalah perisian bagi membolehkan paparan mereka menghasilkan lebih banyak warna pilihan. Namun begitu, lebih merisaukan mereka adalah masalah skrin mereka yang dilaporkan pengguna telah terbakar di bahagian dalamnya.

Ianya bukanlah masalah yang sering kali dihadai kerana faktor ini selalunya terjadi kepada mereka yang terlalu kerap menggunakannya dalam durasi yang lama. Walaupun begitu, masalah ini hanya terjadi untuk seketika kerana Pixel 2 kembali seperti biasa tidak lama kemudian.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh The Verge, Google sudah menerima laporan tersebut dan sedang giat mencari jalan untuk membaikinya.

Sumber Lowyat.net 

SHARE
Previous articleDibaluti Emas & Kulit Buaya, iPhone X Edisi Terhad Berharga RM 16 Ribu
Next articleAdakah Benar Ini Redmi Note 5 Baru Atau Sebaliknya ?
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date