Pada 9 Oktober lalu, BlackBerry telah mengeluarkan smartphone terbarunya, BlackBerry Motion.

Smartphone dengan OS Android ini merupakan  BlackBerry pertama yang memiliki ketahanan terhadap air dan debu dengan kesahihan IP67 yang disematkan di dalamnya.

Smartphone ini tak disediakan dengan keyboard fizik seperti BlackBerry KeyONE mahupun smartphone BlackBerry lainnya.

BlackBerry Motion memiliki kapasiti bateri 4.000mAh dan memiliki ciri pengisian daya cepat Quick Charge 3.0. Kapasiti kuasa ini dipercayai mampu membuat smartphone ini tahan hingga 32 jam.

Dengan begitu, dengan bateri berkuasa penuh, BlackBerry Motion akan bertahan lebih dari sehari, termasuk ketika digunakan oleh pengguna dengan pemakaian ekstrem.

Secara spesifikasi, BlackBerry Motion mempunyai skrin 5 inci dengan prosesor Snapdragon 625 serta paduan RAM 4GB.

Sementara, kapasiti ruang penyimpanan BlackBerry Motion sebesar 32GB. Smartphone ini menjalankan OS Android Nougat yang dijamin menerima pembaruan ke Android Oreo.

Sehingga kini masih belum diketahui bila smartphone ini akan berada di pasaran.

Sumber Tech Advisor

SHARE
Previous articleAdakah Benar Ini Redmi Note 5 Baru Atau Sebaliknya ?
Next articleTak Lama Lagi, Anda Boleh Kirim Duit di Facebook
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.