Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Oppo F5 bakal dilancarkan secara rasminya pada 2 November ini. Malah pelbagai maklumat turut tertiris seperti hari ini dimana Oppo mengesahkan akan mempunyai ciri pengimbas wajah sebagai sistem akses nyahkunci peranti itu.

Saingan iPhone X Dan Vivo V7+

Dengan sistem pengimbas wajah yang dikenali sebagai Facial Unlock ini sekaligus menyaksikan persaingan peranti terkini seperti iPhone X dan Vivo V7+. Namun tidak hairanlah ianya diperkenalkan oleh Oppo yang sememangnya terkenal sebagai telefon pintar mesra selfie.

Mengambil Masa 0.4 Saat

Facial Unlock yang terdapat pada Oppo F5 dikatakan hanya mengambil masa sebanyak 0.4 saat sahaja untuk mengenali wajah penggunanya. Malah pada video promosi Oppo F5, peranti ini bakal hadir dalam tiga pilihan iaitu Oppo F5, F5 6GB dan F5 Youth. Untuk spesifikasi penuh bakal kami bawakan pada 2 November ini.

SHARE
Previous articleTak Lama Lagi, Anda Boleh Kirim Duit di Facebook
Next articleApple Malaysia Sahkan Tidak Lagi Menawarkan iPhone 7 256GB
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date