Pada majlis pelancaran iPhone dan iPhone X, Apple dilihat turut melancarkan sebuah peranti terbaru iaitu Apple AirPower. Peranti yang dibangunkan bersama siri terbaru iPhone itu merupakan alat pengecasan tanpa wayar yang mampu mengecas dua peranti dalam satu masa.

Samsung Bakal Jadi Pesaing Rapat

Berita terkini, pesaing mereka, Samsung turut dikatakan bakal tampil dengan peranti yang hampir sama dan kini sedang giat dibangunkan. Menerusi alat pengecasan tersebut, antara ciri yang dikatakan terdapat padanya adalah ia menggunakan magnetic resonance dan magnetic induction charging method untuk menentukan pengecasan dua peranti pada satu masa

Turut Menyokong Jam Pintar

Berdasarkan imej diatas, alat pengecasan ini juga dilihat mampu menyokong jam pintar sama seperti Apple AirPower. Namun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan adakah benar reka bentuknya seperti sedemikian. Apa yang pasti ianya bakal menjadi sebuah peranti yang berguna untuk mereka yang memiliki pelbagai peranti pintar Samsung

Sumber Patently Mobile via Lowyat.net

SHARE
Previous articleApple Malaysia Sahkan Tidak Lagi Menawarkan iPhone 7 256GB
Next articleAsus ZenFone 4 Kini di Malaysia Dengan Harga RM2,099
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date