Telefon

Lagi Gambar Rasmi Oppo R11s Yang Tertiris

Seperti yang dikhabarkan menerusi artikel kami sebelum ini, pada 2 November Oppo bakal melancarkan model terbarunya Opp R11s dengan kemaskini model R11 sebelum ini.

Gambar Mula Tersebar

Walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi model ini bakal dilancarkan,nampaknya gambar Oppo R11s mula tertiris. Model ini bakal hadir dengan tiga warna iaitu emas, hitam dan merah. Malah ianya juga merupakan model berbingkai 18:9. Satu lagi persaingan sengit diantara telefon berbingkai 18:9 yang turut digunakan oleh Apple.

Spesifikasi R11s

Antara maklumat yang tertiris juga R11s bakal hadir dengan dua kamera di bahagian belakang dan keselurhan peranti ini diperbuat daripada logam.

Masih lagi menggunakan mikroUSB, pengimbas cap jari juga dilengkapi pada bahagian belakangnya dan berbentuk bujur. Apapun sama – sama kita nantikan spesifikasi penuh model R11s pada 2 November ini.