Jika tahun 2017 menyaksikan persaingan model 18: 9, berlainan pula dengan peranti ini kerana ianya dicipta untuk memudahkan pengguna tanpa perlu mereka saiz yang tebal, besar dan padat.

Seberat 38 Gram

Perkenalkan NichePhone-yang sememangnya direka dengan begitu nipis, ringan dan bersaiz sebesar kad kredit. Percaya atau tidak, beratnya hanyalah 38 Gram dan disediakan dalam Android 4.2

Pelbagai Fungsi!

Mungkin ianya tidak secanggih telefon terkini. Untuk anda yang pentingkan minimalis, telefon ini sememangnya sudah lengkap dengan pelbagai fungsi seperti bateri 550mAh, pengecasan tanpa wayar, sokongan bluetooth dan juga LTE. Fungsi muzik secara maya dan perakam suara juga turut disediakan namum tidak dipastikan sokongan yang tersedia.

Untuk anda yang ingin dapatkannya, mungkin boleh dapatkan di Jepun kerana ianya bakal ditawarkan bermula 10 November ini dengan harga RM406 sahaja.

Sumber Future Model via Lowyat.net

SHARE
Previous articleCIA Jumpa “Final Fantasy VII” & “Naruto” di Komputer Osama bin Laden
Next articleTidak Tahu Lagu Apa? Gunakan Sahaja Google Assistant
Khai Ashfar
Food and travel? Then we can have a date