Featured, Telefon

iPhone X Tersedia Di Malaysia Bermula 24 November 2017

Seperti yang dinanti-nantikan, Apple telah mengumumkan khabar terbaru mengenai  ketersediaan iPhone X, di negara-negara lain termasuk Malaysia. IPhone X akan sampai ke Malaysia pada hari Jumaat, 24 November, bersama 13 negara lain di seluruh dunia.

IPhone X agak berbeza kerana adanya kamera inframerah dan hardware untuk pengecaman wajah, yang menggantikan pengesanan cap jari untuk membuka kunci telefon. Selain itu, Tombol home pada iPhone X juga hilang, digantikan oleh ciri tap to wake.

Skrin pada iPhone X ini seperti iPhone 7 plus, namun dengan ukuran yang sedikit lebih kecil kerana skrin yang hampir menutupi seluruh bahagian depan.

Apple bakal menyediakan model Silver dan Space Gray untuk pasaran di Malaysia, dan seperti biasa, iPhone X akan tersedia di Apple Online Store, Apple Reseller yang dibenarkan, dan melalui telco tempatan.

Model 64GB akan dijual dengan harga RM5,149, manakala model 256GB akan dijual pada harga RM5,899.

Turut diumumkan aksesori yang direka khas oleh Apple termasuk case kulit dan silikon dalam pelbagai warna akan tersedia bermula pada harga RM189, sementara iPhone X Leather Folio akan dijual dengan harga RM449.

Tak sabar kan? Tunggu kehadirannya kurang dari 3 minggu dari sekarang pada 24 November ini.

Sumber Apple