Telefon

OnePlus 5 Kini Berada di Pasaran Malaysia Bermula 8 Julai

Brightstar Distribution Sdn. Bhd., Pengedar sah bagi OnePlus di Malaysia, hari ini mengumumkan telefon pintar OnePlus 5 boleh didapati di Malaysia.

Antara ciri-ciri terbaik OnePlus 5, telefon pintar ini mempunyai sistem dwi-kamera dengan resolusi yang tertinggi lebih jelas berbanding sebelum ini.

OnePlus 5 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi cip Snapdragon 835, hadir dalam memori 6/8GB RAM, storan dalam pilihan 64/128GB berasaskan UFS 2.1, dan dilengkapi kebolehan pengecasan pantas untuk bateri 3300mAh.

Pada bahagian perisian di OnePlus 5 pula, ia hadir dengan OxygenOS. Khusus untuk OnePlus 5, Oxygen OS kini hadir dengan fungsi Reading Mode bagi memudahkan pembacaan, dan kemudahan boleh merakamkan skrin pada sesuatu web atau aplikasi.

OnePlus 5 juga menyokong 34 rangkaian GSM bagi memastikan pengguna disambungkan seluruh dunia.

Rekabentuk

OnePlus 5, tersedia dengan pilihan warna Hitam (Midnight Black) dan kelabu (Slate Grey) menjadikan model OnePlus paling nipis yang pernah ada. OnePlus 5 dibaluti aluminium yang tipis dan ringan.

Garis keras di sekeliling tepi telefon dan garisan Horizon merupakan elemen utama reka bentuk OnePlus, dan menawarkan penampilan yang elegan. Reka bentuk minimalis nampak lebih menarik dengan sudut tepi bulat membuatkan OnePlus 5 berasa lebih selesa dalam genggaman tangan.

Kamera Dwi-Foto yang lebih jelas

OnePlus 5 mempunyai kamera beresolusi tinggi yang siap mengabadikan berbagai momen dengan tangkapan gambar memukau. Dimana kamera belakangnya menggunakan lensa 23 Megapixel.

Harga di Pasaran

Pelanggan dapat menjamin unit mereka melalui pra-pesanan awal melalui di Lazada (klik pada pautan)

atau anda boleh lawat laman sesawang DirectD dari sekarang hingga 6 Julai 2017. Penghantaran pra-pesanan adalah dianggarkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas ketersediaan pada 8 Julai 2017. Buat pelanggan yang membuat pra-pesanan secara dalam talian akan menerima aksesori istimewa.

OnePlus 5 juga didapati melalui peruncit-peruncit Brightstar Distribution Sdn. Bhd. dengan dua warna – Midnight Black dan Slate Grey, masing-masing berharga RM2,688 dan RM2,388.

Anda boleh melawat brightstarcorp untuk maklumat lanjut.