Dalam beberapa hari ini, media antarabangsa banyak membongkarkan rahsia rekaan casing untuk telefon pintar Samsung yang akan datang, Galaxy Note 8. Goto-Foto-foto yang beredar casing Galaxy Note 8 itu memberi bayangan seperti apa rekaan generasi seterusnya Galaxy Note 7 ini.

Salah satunya adalah Infinity Display berukuran lebih besar. Rekaan ini diterapkan pertama kalinya pada Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus.

Selain itu, fingerprint scanner tidak diletakkan di bawah skrin, melainkan di sebelah LED flash di belakang smartphone. Sementara lensa kamera ditempatkan di bahagian paling kiri.

Kali ini, pendedahan foto lainnya yang dijangka Galaxy Note 8 juga beredar di pasaran. Salah satunya foto memperlihatkan bahagian bawah dari premium Samsung. Pada bahagian bawah itu, kelihatan sebuah slot untuk S Pen, port USB tipe C, dan speaker jack 3,5mm.

Perubahan utama nampaknya fokus pada kamera ganda 12MP di bahagian belakang telefon.

Galaxy Note 8 kemungkinan dilancarkan pada September. Masih belum ada lagi sumber yang memaklumkan harganya, tetapi harganya tentu akan lebih mahal.

Sumber Forbes

SHARE
Previous articleOnePlus 5 Kini Berada di Pasaran Malaysia Bermula 8 Julai
Next articleMotorola Malaysia Mengumumkan Moto Z2 Play Bersama Moto Mods
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.