Pavo Communications Sdn. Bhd. (PAVOCOMMS) melancarkan produk mudah alih kedua: Mcalls dan aplikasi mudah alih serta aplikasi perkongsian kredit & penebusan mata yang dipanggil MMspot. MMspot merupakan aplikasi telekomunikasi dan ganjaran pilihan yang direka dengan fungsi akses mudah bagi memenuhi keperluan harian anda.

Dengan pelancaran penyelesaian mudah alih yang dibuat secara berturutan, PAVOCOMMS merancang untuk terus maju sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih yang kompetitif dan berevolusi(“MVNO”) di pasaran telekomunikasi Malaysia.

View this post on Instagram

#mcalls #pelancaran #mcallsmspot #mcallsy33 #mvno

A post shared by Hangat.com ­čöą (@hangatmalaysia) on

Pelancaran Mcalls sebentar tadi turut ┬ámemperkenalkan outlet lifestyle digital pertama mereka, ditempatkan di ┬ápusat membeli-belah Sunway Pyramid (LG2.141, Orange Atrium) – membolehkan para pelanggannya yang setia┬ádapat akses secara mudah . Outlet ini akan berfungsi sebagai pusat servis pelanggan dan mendapat informasi mengenai teknologi mudah alih.

Syarikat ini menjangkakan untuk memperoleh lebih 300,000 pelanggan pada tahun 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sean Ng berkata sasaran itu disokong dengan pelancaran pelan prabayar terbaharu syarikat iaitu Mcalls Y33 dan pembukaan kedai telekomunikasinya di Sunway Pyramid, di sini.

Selaras dengan misi PAVOCOMMS untuk terus menawarkan penyelesaian yang inovatif kepada pengguna mudah alih hari ini, RM30 Y33 pakej SIM menawarkan pilihan bebas untuk pelan mudah alih prabayar dengan model langganan tahunan tanpa kontrak.

Pakej ini menawarkan data 5GB yang murah dengan rangkaian 4G LTE, 33 minit panggilan suara dan 33 SMS ke semua rangkaian tempatan. Kada Panggilan & SMS yang menarik dimana anda dapat menikmati perkhidmatan suara dan mesej yang terbaik. Tambah nilai RM30 setiap bulan untuk mengekal pelan khusu untuk anda.

Sebagai kempen mendapatkan ┬ásasaran belia dan keistimewaan pelanggan eksklusif sahaja, Mcalls juga telah bekerjasama dengan Galaxy Group Malaysia untuk membawa bintang All-Star K-pop ┬átermasuk BTOB, APINK, B1A4, TEENTOP dan VICTON. Dianjurkan oleh Galaxy Group dan MSR – yang dibawa kepada anda oleh Mcalls, Festival Muzik Mcalls K-Wave akan diadakan pada hari Sabtu, 5 Ogos, 2017 pukul 8 malam di Surf Beach, Sunway Lagoon. Ini adalah yang pertama kempen pengaktifan pasaran sasaran Mcalls yang akan melibatkan pelanggan dengan cara yang unik.

Untu keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang:

SHARE
Previous articleMotorola Malaysia Mengumumkan Moto Z2 Play Bersama Moto Mods
Next articleHati-Hati! 3 Permainan ‘Smartphone’ Ini Dijamin Buatkan Anda Kecewa
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.