Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti melanggan perkhidmatan Wi-Fi di rumah, atau modem yang di bawa ke mana-mana. Ada beberapa kegunaan Wi-Fi seperti dapat menjimatkan penggunaan kuota, dan boleh mengakses dengan orang terdekat. Namun bagaimana jika orang asing cuba mencuri wifi anda?

Mereka bukan setakat dapat akses internet secara percuma. Lebih dari itu, mereka boleh mengintip hasil browsing dan data anda. Tapi jangan bimbang, ada lima hal yang boleh anda lakukan untuk mencegah perkara ini terjadi, sebagaimana yang dikongsikan dari laman Life Hacker.

1. Sentiasa Menukar Password Wi-Fi

Ini adalah cara yang paling mudah untuk menyelematkan Wi-Fi anda dari dicuri. Anda boleh melakukannya melalui setting router. Biasanya, ada panduan untuk mengubah kata kunci di setiap router.

Pilihlah password yang mudah diingat, tapi sangat susah untuk di curi. Lebih baik lagi menggunakan gabungan huruf kecil, kapital, dan angka. Walaupun i agak menyusahkan, lebih baik mencegah daripada perkara tidak diingini berlaku, bukan?

2. Periksa Pengguna Wi-Fi

Setelah mengubah kata kunci Wi-Fi, beberapa setting lain perlu dilihat. Di laman setting, biasanya terdapat senarai siapa saja yang sedang menggunakan Wi-Fi anda. Jika ada pengguna asing, anda perlu waspada.

3. Gunakan Aplikasi Untuk Memantau

Ada tips tambahan, iaitu menggunakan aplikasi. Misalnya applikasi Fing yang tersedia untuk Android dan iOS. Untuk pengguna Windows anda boleh gunakan Acrylic Wi-Fi, bagi untuk macOS, gunakan Who Is On My Wi-Fi.

Semua aplikasi di atas tersedia secara percuma dan membantu anda memantau jaringan Wi-Fi.

4. Update Router

Untuk meningkatkan Keselamatan, anda juga perlu meng-update sistem operasi router. Pastikan router anda menjalankan sistem operasi terbaru. Biasanya, tiap update akan menyediakan peningkatan keselamatan.

Sumber Life Hacker

SHARE
Previous articleHati-Hati! 3 Permainan ‘Smartphone’ Ini Dijamin Buatkan Anda Kecewa
Next articleTawaran IPhone 6s Plus Diskaun Sehingga RM700 di Malaysia
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.