Featured, Telefon

Tawaran IPhone 6s Plus Diskaun Sehingga RM700 di Malaysia

Wow! Berita baik buat penggemar IPhone! Telefon pintar popular ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah! Tawaran ini dibuat oleh Switch, reseller menjual produk Apple yang sah di Malaysia.

Potongan harga kali ini boleh di dapati dengan melayari laman web Switch, reseller tempatan rasmi produk Apple. Dua variasi iPhone 6s Plus bakal mendapat diskaun menarik sehingga RM700 untuk  model 32GB dan 128GB. Potongan harga ini dikenakan kepada empat warna dari 6s Plus: Silver, Space Grey, Gold, dan Rose Gold.

Pada bulan April yang lalu, Senheng telah menawarkan promosi yang sama untuk iPhone 6 Plus, dan diskaun itu masih berterusan. Bagaimanapun mereka bukannya memberi potongan harga RM700, Senheng menawarkan hanya RM600 sekarang.

Menariknya, kebanyakkan peruncit menawarkan promosi yang lebih baik, tetapi hanya pada iPhone 6 Plus Plus 32GB sahaja.

Sehingga artikel ini ditulis, kedua-dua model 32GB dan 128GB Silver iPhone 6 Plus habis dijual; Model 32GB Rose Gold juga tidak lagi tersedia. Selain tiga model ini, variasi lain 6s Plus masih boleh didapati di kedai dalam talian Switch.

Sumber Lowyat.net