Featured, Gaming, Internet

5 Game online RPG Menarik Di App Store Anda!

Pernah tak anda gunakan sehari suntuk mencari game apa yang menarik di Google App Store tapi sampai ke sudah tak jumpa atau pening kepala nak pilih?

Jom tengok apa lima game menarik yang penulis dah pilih, mungkin anda boleh mencubanya nanti !

Mobile Legends : Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang ini merupakan multiplayer online battle arena atau di kenali sebagai (MOBA) yang direka oleh Moontoon pada tahun 2016. Dan kini terdapat 100 juta pemain yang telah mengakses aplikasi game ini dan 9 juta review telah dibuat. Wow ! Banyaknya.

Foto : ggengine.com

Apa yang menariknya tentang Mobile Legends Bang Bang ini, pelbagai hero menarik, pakej skin atau baju hero untuk bulan November, mode aksi terbaru, tema game terbaru seperti tema Halloween akan memeriahkan suasana dan membuatkan pemain tak berhenti bermain permainan ini !

Ragnarok M : Eternal Love

Ragnarok M: Eternal Love sebenarnya berdasarkan Ragnarok online pada tahun 2003 dahulu ! Ia merupakan legasi senario Ragnarok yang asal dan kini di perbaharui dengan jalan cerita yang penuh dengan emosi, plot yang padu dan pengembaraan hero-hero yang memerlukan anda untuk mengendalikannya ada di dalam Ragnarok M: Eternal Love ini !

Foto : YouTube

Bukan itu sahaja, Ragnarok M: Eternal Love ini juga telah di muat turun seramai 1 juta pemain dari seluruh dunia! Woah, betapa ramainya pemain RPG ni sebenarnya. Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi game ni cepat!

Royal Chaos – Enter A Dreamlike Kingdom of Romance

Permainan Royal Chaos – Enter A Dreamlike Kingdom of Romance ini merupakan jalan cerita dari permainan kad yang kemudiannya di reka dalam bentuk mobile game ini.

Foto : Royal Chaos

Selain itu, jalan cerita serta plot yang menarik dan romantik di dalam game ini menarik ramai gamers-gamers memuat turun aplikasi ini. Malah game ini juga di upgrade dari masa ke semasa bagi memberi kepuasan kepada pemainnya! Dan game ini juga telah dimuat turun sebanyak 500 ribu, wah 500 ribu pemain dari serata dunia! Wow, dahsyat kan.

Honkai Impact 3

Apa dia Honkai Impact 3 ni sebenarnya? Honkai Impact 3 ini merupakan satu permainan online yang berdasarkan plot tentang sekumpulan heroin yang merupakan harapan terakhir manusia! Di mana mereka akan berlawan dengan raksasa di dalam game ini yang di kenali sebagai Honkai!

Foto: Qoo App

Menarik bukan plot cerita permainan ini? Untuk pengetahuan anda game ini juga telah di muat turun sebanyak 1 juta pemain dari serata dunia!

Imperial Fantasy – Lord and Ladies

Imperial Fantasy – Lord and Ladies ini merupakan game perjalanan hero dan heroin dalam mencapai kuasa dan jawatan tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan China pada era dinasti Qing! jalan cerita yang menarik di tambah dengan plot dan cabaran yang harus di harungi oleh pemain membuatkan game ini di minati ramai.

Foto: Imperial Fantasy

Untuk pengetahuan anda game ini telah di muat turun sebanyak 500 ribu pemain dari seluruh dunia! Wah, ramai betul yang bermain game ini ya.

Anda pula bagaimana, masih pening mencari game online?  Atau anda sudah muat turun mobile game yang penulis kongsikan di atas? Apa-apa pun penulis berharap info-info di atas dapat membantu anda gamers-gamers atau newbie yang baru berjinak-jinak di dalam dunia gaming ni ya!