Untuk artikel kali ini, penulis bawakan lima game RPG bergenre romantik khas untuk anda yang minat dengan dunia romantik dan fantasi ini!

1Lost Alice in Wonderland Shall We Date Otome Games!

Foto: Google App Store

Lost Alice in Wonderland ini merupakan jalan cerita yang penuh fantasi serta plot cerita yang sangat addictive ini pasti akan membuatkan anda non-stop bermain game ini! Bukan itu sahaja, karakter-karakter yang cantik dan kacak pasti membuatkan anda rambang mata melihatnya!

2Ninja Shadow/Shall We Date

Foto: Google App Store

Hai gamers! Anda meminati kisah cinta zaman ala-ala samurai dan ninja? Jika ya, anda patut mencuba game ini! Karakter serta jalan cerita berkisarkan sekitar Nagasaki, Jepun ini pasti akan menambat hati anda! Jalan cerita dan plot cerita yang penuh dengan cabaran, romantik dan suspen pasti membuatkan anda jatuh cinta!

3Shall We Date? : Blood in Roses+

Foto: Google App Store

Bagi game yang ini pula, ia merupakan kisah cinta versi Vampire! Menariknya untuk game ini, ia di datangi dengan dua versi yang berlainan iaitu ‘Hunter‘ dan ‘Witch‘. Dan kisah cinta serta plot game ini berdasarkan versi yang anda pilih sama ada ‘Hunter‘ ataupun ‘Witch‘! Wah-wah.. Sudahlah kesemua karakter-karakternya kacak dan comel! Malah, jalan ceritanya juga menarik, jadi apa tunggu lagi nak bercinta dengan Vampire? Download game ini di Google App Store anda segera!

4Modern Cinderella/Shall We Date

Foto: Google App Store

Ada siapa-siapa yang minat cerita Cinderella ke kat sini? Kalau ada meh sini, penulis ada berita baik untuk anda. Ada game menarik mengenai Cinderella di Google App Store anda tu! Tapi game Cinderella ni bukan macam cerita-cerita yang versi lama tu ya, dia reverse Cinderella. Hah, jalan cerita game ini mengisahkan tentang Cinderella yang moden dan mencari matlamat hidupnya yang tersendiri! Kira versi ini, watak utamanya ada cita-cita dan impiannya serta kisah cintanya yang tersendiri. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, jom muat turun game ni!

5Ninja Assassin+

Foto: Google App Store

Ninja Assassin+ berkisarkan tentang heroin yang kehilangan ibu bapanya, demi menuntut keadilan heroin ini memasuki dunia ‘Assassin’! Kisah cinta dan cabaran dalam menuntut bela keadilan ibu bapa heroin ini berlatarbelakangkan zaman Edo, Jepun! Konsep serta plot ceritanya yang menarik ini, akan membuatkan anda tidak senang duduk! Apatah lagi dengan bantuan ‘Ninja Assassin’ yang kacak dan bijak ini pasti membuatkan anda cair! Jadi jangan tunggu lama-lama, muat turun game ini dan mulakan kisah romantik anda!