Featured, Gadget, Tech

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

Pasti tidak ramai pengguna iPhone yang menggunakan ‘Do Not Disturb’ atau nama singkatannya DND ini. Sebenarnya ada beberapa fungsi atau manfaat untuk penggunaan DND ini sebenarnya.

Sebelum penulis ulas lebih lanjut, jom rujuk gambar di bawah untuk mencari ikon DND di iPhone anda!

Foto: Apple Tool Box

Untuk mencari ikon DND ini, anda harus pergi ke bahagian setting dan kemudian cari ikon atau simbol bulan sabit iaitu lambang untuk ‘Do Not Disturb’ (DND).

Ada apa dengan DND ni? Sebenarnya ada lima fungsi atau manfaat DND ni. Hah, anda mesti tak tahu kan?

Penjadualan DND

Apabila anda mengaktifkan mod DND di telefon pintar anda, secara tidak langsung anda boleh memilih atau mengsetkan waktu-waktu DND yang anda mahukan.

Foto: GSM Arena Blog

Waktu tidur DND

Apabila anda mengaktifkan DND dan mengambil mod Bedtime, secara automatik cahaya di paparan skrin telefon pintar anda akan menjadi redup. Malah segala mesej, dan panggilan akan muncul di notifikasi anda sebagai pemberitahuan. Dengan ini waktu tidur anda tidak akan di ganggu oleh sebarang bunyi dari iPhone anda!

Tek Revue

Setting Senyap

Silent Mode atau mod senyap, apabila anda tidak mahu di ganggu dari sebarang panggilan mahupun mesej, anda boleh mengaktifkan Always Silent. Tetapi jika anda mahu menerima panggilan serta mesej, anda boleh memilih ‘When iPhone is Locked’.

Call Priority

Untuk bahagian Call Priority ini, anda boleh mengsetkan beberapa no panggilan yang penting jika berlaku sebarang kecemasan. Caranya adalah klik ‘Allow Calls From’ kemudian setkan kepada panggilan daripada ‘Everyone’ atau ‘No One’ atau anda juga boleh memilih untuk mengsetkan panggilan kepada ‘Favorite‘.

Foto: Mac world

DND Semasa Memandu

Semasa memandu kenderaan anda tidak di sarankan membuat panggilan telefon atau mengangkat panggilan telefon kerana dikhuatiri membahayakan keselamatan anda dan juga orang lain. Tetapi dengan penggunaan DND, anda boleh menyambungkan panggilan telefon anda menggunakan Bluetooth yang ada pada kenderaan anda! Caranya cukup mudah, anda hanya perlu mengklik ‘Automatically‘ atau mengsetkannya secara manual.

Foto: CNBC

Selain penggunaan Bluetooth yang ada pada kenderaan, anda juga boleh menyambung panggilan telefon menggunakan Bluetooth Headset yang terdapat banyak di pasaran!