Featured, Libur, Lokal, Trivia

Eksklusif SuperPark Malaysia! Disember Ini!

Hello Disember! Eh.. silap-silap, hello November! Hah, bukan apa penulis teruja menunggu bulan Disember ni!

Nak tahu kenapa penulis teruja? Hah, sebenarnya pada bulan Disember ini ada satu taman riadah terbesar di Malaysia bakal di buka kepada pengunjung pada awal bulan Disember ini nanti!

Foto: SuperPark United

Taman riadah yang di gelar SuperPark ini merupakan taman aktiviti dalaman yang terbesar dengan keluasan 40,000 kaki persegi di dalam pusat membeli-belah iaitu Avenue K, yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur ini!

Di dalam SuperPark ini menyediakan lebih 20 aktiviti yang menghiburkan serta menyihatkan tubuh badan anda. Aktiviti yang dijalankan sangat sesuai untuk anda serta semua peringkat umur!

Mesra Keluarga

Foto: SuperPark United

Pastinya beriadah bersama keluarga adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak anda! Jadi jom bersama-sama kami ke Avenue K, pada awal bulan Disember ini dan merasai sendiri SuperPark Malaysia!

Aktiviti Yang Menyeronokan untuk Remaja!

Foto: SuperPark United

Dah janji dengan rakan-rakan untuk keluar berjalan-jalan? Bosan dan tak tahu nak lepak mana? Jom hangouts bersama-sama rakan-rakan anda di Avenue K, pada awal bulan Disember ini! Pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang menarik khas untuk anda dan rakan-rakan anda!

Advanture Area

Foto: SuperPark United (Kid Advanture City)

Advanture Area ini menawarkan aktiviti yang menarik khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa! Antara aktiviti di Advanture area ini adalah iWall, Flying Fox, Tiub Slide, Kid’s Gym, Kid Advanture City, Pedal car Track dan banyak lagi!

Game Arena!

Foto: SuperPark United (Street Basketball Robokeeper)

Game Arena merupakan ruangan aktiviti khas untuk para remaja menikmati aktiviti sukan seperti besbol, Street Basketball Robokeeper (merupakan penjaga gol AI) dan pelbagai aktiviti sukan lain yang menarik sambil mencabar rakan-rakan anda atau ahli keluarga anda sendiri!

Freestyle Hall !

Foto: SuperPark United